spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KL banjir kilat: Terima kasih petugas DBKL, APM tuntas pastikan air surut

- Advertisement -spot_img

TINDAKAN pantas petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membersih saliran air susulan banjir kilat, berjaya memastikan air surut dengan cepat.

Bukan iti sahaja, malah menurut Facebook rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) para petugas terbabit telah memastikan pam air terus dioperasikan sehingga berjaya menurunkan paras air dengan pantas di banyak kawasan.

Terdahulu KWP memaklumkan Kuala Lumpur mengalami hujan lebat mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.

Antara kawasan yang terlibat adalah Jalan Kuching, Jalan Segambut dan Jalan Khidmat Usaha.

“Terima kasih kepada petugas-petugas DBKL yang telah bersedia dan sudah berada di beberapa kawasan bagi memastikan kelancaran pengaliran air dan membantu pengaliran trafik,” kata hantaran itu.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen memuji langkah pro aktif para petugas yang bertungkus lumus bekerja untuk memastikan air cepat surut.

“Terima kasih abg APM,” kata netizen bernama Farahiyah Nawawi.

“Terbaik, terima kasih semua petugas,” kata Ismawatiismail Isma pula. – Wacanakini

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases