spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Elak ‘PHD’ mahu jadi usahawan berjaya – MEEDC

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

Elak ‘PHD’ mahu jadi usahawan berjaya – MEEDC

SHAH ALAM : Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendiri atau keuntungan atas kemewahan datang daripada pelbagai punca.

Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) menyusun strategi tersendiri dan unik bagi mengolah dan menggilap potensi seseorang untuk menjadi usahawan seterusnya kekal dalam bidang diminati hingga berjaya.

Presidennya, Yang Mulia Tengku Adena Yang Mulia Al-marhum Tengku Abdullah, bukan sahaja mahu melahirkan usahawan berjaya tetapi juga yang terbuka minda dan bijak khususnya yang dapat membantu semula orang lain.

“Kami nak lahirkan usahawan ‘intelligent’, yang dapat bayar zakat tinggi, membantu usahawan lain khususnya orang Islam.

“Tidak boleh ada sifat ‘phd’ (merujuk perasaan hasad dengki). Kalau mahu berjaya, kita tidak boleh keseorangan, perlu ada komuniti usahawan, ada kesatuan hati, minda positif, bukan bersifat toksik. ‘Nothing is easy, but nothing is impossible’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan baru-baru ini.

Justeru, beliau berkata pertubuhan itu bertindak untuk membantu usahawan mendedahkan potensi masing-masing supaya lebih terkehadapan.

“Kita juga beri kesedaran kepada mereka untuk terlibat dalam bidang 3P iaitu pertanian, perladangan, dan perikanan.

“Ini adalah perniagaan ‘evergreen’ (malar hijau) yang mungkin banyak orang ramai berasa ia tidak ‘glamour’ (tersohor) tetapi ini adalah perniagaan untuk negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menyokong jika terdapat sebarang usaha supaya negara memutuskan rangkaian import negara luar membabitkan 3P berkenaan berikutan tanah dalam negara masih banyak belum diteroka untuk tujuan itu.

“Kita di Malaysia, banyak tanah yang masih belum teroka. Jadi, anak muda perlu mengambil peluang ini, buka minda dan putuskan pergantungan pada luar.

“Kalau bukan kita, siapa lagi. Kalau bukan sekarang, bila lagi. Kita ini hebat, tanah Melayu, orang Melayu semua ada tetapi kita lupa ada akses untuk dapatkan tanah,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases