spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

BN Lembah Pantai salur bantuan segera mangsa kebakaran Pasir Permata

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Begitulah yang dialami oleh satu keluarga dari Pangsapuri Delima, Taman Pasir Permata, Jalan Klang Lama yang tidak menyangka harta yang dikumpul dengan penat jerih selama ini hilang begitu sahaja dalam satu kebakaran kelmarin.

Seorang warga emas juga seorang ibu tunggal, seorang anak lelaki yang kurang upaya, tiga dewasa dan enam kanak-kanak yang menetap di rumah itu hilang tempat berteduh sekelip mata.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai merangkap Ketua Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani bertindak segera menyalurkan bantuan keperluan asas, makanan dan bantuan wang tunai untuk keluarga malang itu pada jam 9 pagi tadi.

“Anggaran kerosakkan dan kerugian masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa.

“Dua jentera bomba terlibat dalam proses memadam api. Keluarga yang terlibat selamat dari kebakaran.

“Satu unit rumah yang berada di atas rumah yang terbakar mengalami beberapa kerosakkan disebabkan kebakaran.

“Keluarga yang terlibat ditempatkan di sekolah KAFA buat sementara waktu bagi pihak berwajib mendapatkan penempatan sementara kepada keluarga mangsa semasa baik pulih rumah,” katanya kepada Wacanakini.com.

Sumbangan berbentuk wang barangan keperluan harian boleh disalurkan kepada keluarga mangsa di hadapan surau dataran gemilang Delima.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases