spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sudah tiga hari sistem laporan polis ‘down’

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Entah apa puncanya, Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) masih tergendala sejak 17 Mac lalu yang menyebabkan orang ramai gagal membuat laporan polis.

Orang ramai terpaksa menangguhkan sebarang urusan membuat laporan polis kerana situasi berkenaan.

Sumber polis memberitahu sistem iPRS terjejas di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

“Sistem utama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sedang diselenggara dan dinaiktaraf.

“Laporan polis boleh dibuat selepas sistem ok,” katanya kepada Wacanakini.com.

Sistem Laporan Polis (PRS) ditukarkan kepada iPRS yang berkonsep teknologi hijau dan perisian terkini.
Ia bertujuan untuk analisa maklumat serta penambahan integrasi antara sistem dalaman polis dan agensi luar.

Selain itu, ia membolehkan penambahbaikan modul sedia ada dan pembangunan modul yang lebih mesra pengguna bagi memudahkan serta mempercepatkan penerimaan laporan serta capaian maklumat.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases