spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Risiko dedah kartel, terima serangan peribadi

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Membongkar, mendedahkan kegiatan kartel industri makanan bukanlah mudah.

Bukan mudah kerana ia menyentuh ‘ekonomi gelap’ yang mengaut keuntungan bilion ringgit sejak puluhan tahun lalu iaitu ketika pemansuhan permit import (AP) bagi bahan makanan lagi wujud.

Apabila wujud orang tengah, wujudlah monopoli maka wujudlah kartel ini dan yang lebih mencabar apabila rangkaian berkenaan membabitkan penjawat awam dan pembuat dasar.

Apabila ada pihak yang mendedahkan kartel ini, mulalah serangan demi serangan berbentuk peribadi dihala kepada mereka yang mendedahkan isu ini bertujuan untuk melemahkan semangat mereka.

Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, kartel bukan seorang tetapi membabitkan rangkaian yang besar malah boleh dikatakan menjadi ancaman kepada sesiapa yang berniat untuk mendedahkannya.

“Jika semua penguatkuasaan menjalankan peranan yang betul, jujur, integriti tinggi, tiada ‘public of interest’, ikhlas, amanah, yang mana itu adalah slogan penjawat awam, masalah ini (kartel) boleh selesai.

“Biasalah, godaan ni banyak. Akan ada peluang yang terhidang di depan mata, sebab diluar sana, ramai yang cuba jalan singkat untuk sesuatu benda tanpa ikuti jalan sebenar,” katanya ketika ditemui wartawan.

Katanya, kerajaan perlu sedar perkara ini dengan melakukan penambahbaikan lagi kerana ia dipercayai menjadi punca rakyat turut ditekan.

“Rakyat sudah pandai menilai, mereka nampak kerajaan tidak marah (pada kartel). Apabila melibatkan hilang integriti, sebagai penjawat awam dalam kerajaan, turut terpalit dengan cerita kartel.

“Justeru itu, penjawat awam tidak boleh berada lama di tempat yang sama, perlu ‘rotate’ setiap dua tahun sekali kerana lagi lama mereka berada di tempat sama lagi banyak ruang kepada jenayah penyelewengan berlaku” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases