spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PM umum 30 lebuh raya tawar tol percuma dan diskaun 50 peratus

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tol percuma dan diskaun sehingga 50 peratus selaras dengan fasa peralihan ke endemik sejak 1 April 2022 dan sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei ini.

Menerusi kenyataan rasmi hari ini, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya.

Ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April, Sabtu sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah ini dilakukan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

“Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati oleh pengguna sebanyak RM77.11 juta.

“Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama- sama orang tersayang,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Tambah beliau, keputusan kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber lendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini.

Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya,” jelasnya.

Jumlah manfaat ini akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.

Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara-selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara – Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases