Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri diminta selesaikan dahulu isu yang dihadapi rakyat sebelum bubar Parlimen, ” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kasim.
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Arau berkata, isu rakyat yang babitkan kepentingan rakyat seperti banjir perlu diselesaikan dahulu.
“Tak perlu ada desakan yang cuba runtuhkan kestabilan kerajaan kita, fikir semua parti buat genjatan senjata selepas pengumuman ini.
“Adakah kita sudah ada persiapan mencukupi? Ambil tindakan awal selesaikan masalah rakyat pulihkan ekonomi dulu rasanya perlu sedikit masa.
“Adakah Pengerusi BN dan komponen, jentera parti setiap negeri sudah sedia? Semua perkara ini perlu diteliti terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui Wacanakini.com.
Pada ulang tahun ke 48 gabungan BN semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar semua ahli Barisan Nasional (BN) bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dijangka tiba pada bila-bila masa dari sekarang.
Perdana Menteri berkata, martabat BN perlu diangkat semula sebagai wadah politik yang berupaya mengembalikan kegemilangan negara dan bangsa.
Tambah Ismail lagi, beliau menyokong segala usaha yang dilakukan PM ketika ini.
Bagaimanapun pada pandangannya, mungkin Parlimen belum dibubarkan lagi kerana PM mahu selesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.