spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

OKU tekad jual sambal atas kerusi roda, tiga dekad gagal dapat kiosk

- Advertisement -spot_img

MASJID JAMEK : “Tidak ku minta lahir ke dunia, Tidak ku duga cacat begini, bukan ku minta kasih dan manja, bukan ku rayu bantu simpati.”

Namun Ku Punya Hati dilantunkan Freddie Fernandez ini, pasti membuatkan pendengarnya sebak kerana simpati pada yang berkenaan dalam lirik itu.

Begitulah seorang peniaga yang dikenali Azmi berusia 51 tahun berkerusi roda, namun berjiwa besar kerana mempunyai impian memiliki perniagaan kiosk sendiri.

Tidak pernah mengharap simpati sesiapa kerana keadaannya, dia menyimpan impian sejak 30 tahun lalu untuk memiliki perniagaan sah malah bercita-cita tinggi untuk membantu insan senasibnya pula.

Lebih menyayat hati, cita-citanya itu tidak kesampaian sehingga kini kerana peluang untuk menjalankan perniagaan dinafikan pihak tertentu hanya kerana dia berstatus orang kelainan upaya (OKU).

Dia bagaimanapun, tekad meneruskan perniagaan kecil-kecilan dengan berkerusi roda tanpa memikirkan risiko keselamatan diri dengan menjual produk keluarga, Sambal Garing Tok Mi.

Mana tidaknya, dengan berkerusi roda membawa bekas mengandungi produk jualannya, dia mengharungi lautan manusia sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini, malah di tangga bawah jambatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

Pernah dihalau oleh pihak berkuasa, namun alasan yang tidak dapat dipastikan kerana dia hanya berniaga produk, bukan meminta sedekah.

Perit jerih dan kepayahannya itu akhirnya membuahkan hasil apabila, kepelbagaian produk sambalnya semakin mendapat tempat di hati orang ramai.

Menyelami kisah Azmi, pastinya ramai yang mahu tampil membantu.

Pihak Wacanakini.com cukup kagum melihat semangat dan kecekalan dirinya berkongsi kisah tentangnya.

“Sudah 30 tahun saya mohon kiosk, mohon lesen niaga tapi tak dapat. Adakah lahir miskin satu dosa dalam masyarakat kita?

“Di LRT, pelanggan lebih ramai tapi hari-hari saya kena halau, kena marah, polis bantuan halau saya tak boleh niaga. Kenapa kami OKU tak boleh niaga, bukan kami minta duit orang. Kami cari rezeki halal kerana Allah.

“Kenapa warga asing lebih banyak peluang dari kami rakyat Malaysia? Kat celah lorong mana pun mereka dibenar niaga, ” luah seorang lelaki kurang upaya kepada Wacanakini.com.

Difahamkan, dia berkerusi roda sepanjang hayat kerana tiada kedua belah kaki akibat demam panas ketika kecil.

“Saya tak minta duit orang, saya buat sendiri sambal, saya jual saya meniaga, saya pergi ke mana-mana kalau hujan saya berhenti di LRT tapi saya dihalau mereka takut saya niaga di situ.

“Kerana permohonan gagal, jadi saya jalan juga (kerusi roda). Saya nak berjaya seperti orang lain kerana apabila kita berjaya, kita boleh bantu orang lain. Itulah cita-cita saya,” katanya.

Azmi yang menetap di Kepong bersama adik dan anak saudaranya mengusahakan sendiri produknya iaitu sambal hijau, sambal petai, sambal ikan bilis secara kecil-kecilan sejak sedekad lalu.

Seorang yang gigih berusaha sejak usia mudanya bekerja di kilang, jual kacang dan sebagainya sebelum serius menjual Sambal Tok Mi.

Resipi sambal dipusakainya warisan kedua ibu bapanya sebelum mereka meninggal dunia.

Azmi bagaimanapun meluahkan rasa syukur dapat menjaja semula selepas PKP dibuka.

“Tuhan cukupkan kekurangan kita, yakinlah Dia tak pernah zalim pada kita.

“Dua tahun ketika PKP amat sukar, saya jual online tetapi barang banyak rosak dan bekas pecah, mungkin kerana pergantungan orang ramai terhadap khidmat pos ini terlalu banyak sehingga hilang kualiti servisnya,” katanya.

“Pakcik dah penat mohon (tapak niaga). Bila kita nak pergi pun orang tak layan kita, pak cik dah letih, dah tak kisah, orang nak marah ke apa.

“Pakcik nak cari rezeki halal, tak minta orang lain, masa sekolah dulu cikgu suruh tanam sayur jual sayur, pakcik buat. Pakcik nak buktikan pada orang lain walaupun kita OKU, kita boleh buat cuma kita tak diberi peluang,” katanya.

Sambal Tok Mi ini boleh didapati di Jalan TAR, Masjid Jamek setiap hari.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases