spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

30 NGO agih 5,000 pek bubur lambuk di Jalan Ampang Sabtu ini

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Kira-kira 5,000 pek akan diagihkan kepada orang ramai sempena Ramadan bermula Jumaat ini di Jalan Ampang.

Program berkenaan dianjurkan Angkatan Malaysia Cemerlang (AMC), Pertubuhan Kasih Setia Malaysia dan lain-lain pertubuhan.

Presiden Kasih Setia Malaysia dikenali Ayah Nata dan Ayah Amin Novo berkata, agihan ini dijadualkan berlangsung pada 23 April selama empat hari.

“Bubur lambuk ini diedarkan bersama lemang kepada semua yang melalui Jalan Ampang dari jam 3 petang sehingga waktu berbuka.


Sebelah malamnya pula Ngo-ngo tersebut beramai-ramai ke KL untuk mengagihkan pulak kepada gelandangan.

“Beberapa artis seperti Hans Isaac , Radhi OAG turut turun padang, mana-mana yang mahu lihat lebih dekat boleh lah datang bersama-sama,”katanya kepada Wacanakini.com.

Tujuan program ini sebagai kesyukuran kita rakyat Malaysia sudah melalui hampir tiga tahun saat getir diancam pandemik kini memasuki endemik.

“Kita kini bangkit, untuk memulihkan diri dan ekonomi, kita sudah lalui segala-galanya susah senang, jadi kini kita syukuri kerana masih survive,” katanya.

Ayah Amin Novo (kiri) dan Ayah Nata.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases