spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Keluarga Malaysia diseru budayakan amalan kelestarian – PM

- Advertisement -spot_img

KELUARGA Malaysia diseru menghayati sambutan Hari Bumi sedunia hari ini, supaya bersama-sama menggembleng tenaga dan menyumbang masa membudayakan amalan kelestarian demi kelangsungan generasi akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata amalan seperti menghindari penggunaan plastik sekali guna dan penjimatan sumber tenaga perlu dijadikan kebiasaan dalam kehidupan.

“Saya juga ingin mengajak sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk sama-sama memainkan peranan dalam usaha melestarikan alam sekitar.

“Sejajar dengan Fokus Kelapan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu Mempercepatkan Pertumbuhan Hijau, pembangunan ekonomi tidak harus menjejaskan alam sekitar, manakala liputan kawasan hijau perlu dipertahankan,” katanya sempena sambutan Hari Bumi sedunia yang bertemakan ‘Invest In Our Planet’.

Beliau berkata, usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan hijau, mempertingkatkan kemampanan tenaga dan mentransformasikan sektor air, harus kekal menjadi teras pembangunan sosioekonomi negara.

“Kerajaan akan terus memenuhi komitmen untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau (GHG) sehingga 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2030, berdasarkan intensiti pelepasan 2005, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon.

“Saya sedar ini memerlukan usaha yang bersepadu serta komitmen dan pelaburan hijau yang tinggi. Namun, saya yakin dengan penglibatan Keluarga Malaysia, komitmen ini akan memastikan Malaysia seiring dengan usaha negara lain untuk mencapai matlamat global dalam menangani perubahan iklim dan meningkatkan daya saing negara,” katanya.

Ismail Sabri turut mendoakan agar seluruh Keluarga Malaysia terus bersemangat memainkan peranan dan memikul tanggungjawab bagi mewariskan Malaysia yang lestari kepada generasi akan datang.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases