spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KKM keluar 42 kompaun termasuk untuk Najib

- Advertisement -spot_img

TANGKAK : Sebanyak 42 kompaun dikeluarkan Kementerian Kesihatan membabitkan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata pada masa sama kementerian itu turut mengeluarkan lima kompaun kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan SOP, namun hanya satu kompaun yang sudah diserahkan kepada Ahli Parlimen Pekan itu pada Selasa lalu.

Daripada jumlah itu sejumlah 13 kompaun sudah dijelaskan oleh pesalah dengan nilai keseluruhan RM13,000.

“Secara keseluruhan, kita mengeluarkan 44 kompaun, namun dua dibatalkan, manakala yang sudah dibayar 13 serta baki 29 lagi belum dibayar.

“Kalau ada mana-mana kesilapan kita akan batalkan (kompaun) ,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan sendiri empat lagi kompaun kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu nanti.

“Pegawai penguat kuasa KKM turut dimaklumkan supaya menggunakan budi bicara sebelum mengeluarkan kompaun dengan memastikan penjarakan adalah munasabah.

“Ini kerana kita memahami adalah sukar untuk mengekalkan penjarakan satu meter sepanjang tempoh berkempen. Jadi calon dari semua parti bertanding diminta untuk kekal mematuhi SOP khususnya penjagaan jarak ketika berceramah dan program menemui pengundi.

“Kita faham susah, sebab itu saya maklum kepada pegawai saya supaya menggunakan budi bicara dengan memastikan penjarakan yang munasabah.

“Pematuhan itu sehingga kini boleh tahan dan saya harap ia akan kekal hingga hari mengundi… ini kerana yang penting kita mahu pengundi keluar mengundi dan rasa selamat ketika menjalankan tanggungjawab itu,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases