spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

BN fokus rampas semula Lembah Pantai

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) cawangan Lembah Pantai berpendirian, tidak mahu lagi membangkitkan agenda palsu yang pernah dijanjikan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya mahu fokus untuk merampas kerusi yang disandang oleh Ahli Parlimen kawasan, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, ketika ini.

Ia kerana, setiap agenda dalam manifesto PH seperti menghapus tol dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menurunkan harga minyak, hanya janji yang tidak tertunai sepanjang menjadi kerajaan Pusat dalam tempoh 22 bulan.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani, berkata membangkitkan semula agenda sama hanya akan membuatkan rakyat terus berasa tertipu.

“Pada saya, apa yang dijanjikan PH, sebenarnya tidak satu pun ditunaikan. Tol, PTPTN, minyak turun dan banyak lagi sebenarnya.

“Pada kita, kita tidak mahu benda ini diguna (bangkit) dan sampai masa pilihan raya umum (PRU) nanti ia akan jadi lebih buruk. Kita tak nak nanti oleh kerana tipu daya mereka ini, rakyat Malaysia tertipu.

“Jadi, cukuplah apa yang kita telah lalui selepas PRU-18 dan tak nak hurai satu-satu,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lembah Pantai di sini.

Beliau turut menasihatkan pimpinan dan akar umbi supaya mengambil iktibar dan pengalaman PRU lalu untuk bangkit semula melakukan perubahan untuk rakyat di kawasan itu.

“Kita sendiri terimalah apa yang kita lalui dan menjadi iktibar dan pengalaman. Kita ada penyatuan baik di kawasan ini, memang kita kalah dulu tapi saya dah berjumpa dengan masyarakat India dan Cina, mereka mahu lihat semula pengalaman (BN) bantu kerajaan, mereka mahukan perubahan,” katanya.

Katanya, melihat kepada sambutan aidilfitri di majlis berkenaan, jumlah kedatangan orang ramai melepasi sasaran asal jemputan iaitu daripada 2,000 kepada 4,000 orang.

“Sambutan yang sangat baik daripada orang ramai ke majlis aidilfitri malam ini. Jadi, hari ini kita ada semangat untuk mengambil balik (sokongan) terutama di Lembah Pantai di bawah BN dan UMNO.

“Maksud saya itulah petanda yang amat baik, kita dapat penerimaan rakyat terutamanya kepada pemimpin UMNO,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases