spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

76% responden setuju pengeluaran KWSP terakhir – kaji selidik UCSI

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Rakyat akan terus menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemungkinan kali terakhir secara bersasar, bagi mereka yang amat memerlukan ketika ini.

Ia berikutan, pelbagai cara sudah disuarakan melalui platform media sosial, wakil rakyat malah menerusi dapatan kajian.

Terkini, Inforakyat.net melaporkan, Pusat Penyelidikan Undian UCSI University, menjalankan kaji selidik terhadap pengeluaran terakhir KWSP membabitkan 1,211 orang pekerja di Malaysia.

Kajian itu mendapati, hasilnya mengejutkan apabila menerima pelbagai kategori responden.

Berdasarkan kajian itu, pertama, sebanyak 76 peratus (%) responden yang terlibat dalam kajian bersetuju (‘Ya’) membuat pengeluaran caruman terakhir.

Dalam kaji selidik itu juga, kedua, 53% responden telah membuat beberapa siri pengeluaran inisiatif melalui skim i-Sinar/i-Citra manakala 47% lagi tidak membuat sebarang pengeluaran.

Dapatan kajian itu, ketiga mendapati 69% responden yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar/ i-Citra itu mengatakan mereka akan menyimpan semula jumlah pengeluaran mereka ke dalam akaun KWSP selepas ekonomi mereka pulih manakala 31% lagi memilih ‘Tidak’.

Antara alasan diberikan responden yang bersetuju memilih ‘Ya’ untuk pengeluaran KWSP ialah kerana memerlukan wang bagi meneruskan hidup (66%), dana sokongan kerana ketidakpastian sepanjang pandemik (58%).

Selain itu, pelaburan untuk pulangan yang lebih baik daripada KWSP (28%); leisure (bercuti/beli gajet/fesyen dan lain-lain) (10%) serta Lain-lain (5%).

Kajian itu seterusnya keempat, mendapati, majoriti yang telah membuat pengeluaran KWSP di bawah skim i-Sinar/i-Citra adalah daripada generasi X (79%) dan Generasi Y (70%).

Kedua-dua generasi ini juga memilih pengeluaran lagi daripada akaun KWSP dibenarkan dengan 86%.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Bagaimanapun, dalam kajian itu, baki sebanyak 24% daripada keseluruhan 1,211 pekerja berkenaan, memilih untuk tidak bersetuju (‘Tidak’) membuat pengeluaran caruman terakhir.

Alasan ‘Tidak’ oleh responden kerana bimbang persaraan saya (55%), pulangan KWSP baik dan selamat (44%), ekonomi semakin pulih dan yakin dapat tampung kehidupan (30%), tidak perlukan wang KWSP (23%) dan Lain-lain (3%)

Seterusnya, kaji selidik berkenaan kelima, bertanyakan sama ada pengeluaran lagi bakal memberi kesan kepada pelan persaraan mereka.

Keputusan menunjukkan responden memilih ‘Ya’ (37%), ‘Tidak’ (41%) dan mengatakan ‘Tidak Pasti’ (22%).

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases