spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PJS tidak wajar wujudkan entiti baharu?

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR: Setelah Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan memberikan pandangan dan ulasan mengenai Pesuruhan Sukan (PJS) ingin mewujudkan entiti baharu yang dilihat kurang releven.

Lantaran itu, pihak Wacanakini mendapatkan respon daripada beberapa presiden persatuan sepak takraw untuk membincangkan isu ini.

DATUK ABDUL HALIM SULEIMAN Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman telah memberikan pandangan peribadinya yang mendakwa PJS kini dipengaruhi campur tangan kuasa luar.

“Persoalannya, kenapa kenyataan atau cadangan untuk mewujudkan entiti baharu itu dibuat sekarang?

“Apakah PJS dipengaruhi oleh pihak yang berada di luar PSM?

“Diharap tiada pihak luar campur tangan dalam kemelut yang melanda PSM termasuk isu membabitkan ASTAF,”ujarnya.

Keputusan Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mempertimbangkan entiti baharu dan menggantikan badan induk lama, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dalam waktu singkat ini telah mengejutkan ramai pihak.

Ia kerana keputusan ini dibuat secara tiba-tiba tanpa mendapat sebarang persetujuan dan telah meninggalkan seribu persoalan dalam kalangan ahli gabungan PSM.

Hasil tinjauan yang dibuat, rata-rata presiden persatuan sepak takraw memberikan respon kurang senang serta kurang setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PJS untuk mewujudkan entiti baharu bagi mewakili sukan sepak takraw negara ini serta menggantikan badan induk yang lama.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sabah (Astaka), Datuk Awang Amit

Menurut Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sabah (Astaka), Datuk Awang Amit terkejut tindakan yang dilakukan, malah turut menyelar kerana mendakwa ia satu tindakan yang kurang bijak untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat.

“Perkara ini masih terlalu awal untuk dibincangkan, sebab kita ingin tahu kelemahan sebenarnya PSM sehingga dilakukan sedemikian, kita cuma dapat berita yang mengejut secara tiba-tiba jadi, kami yang sudah lama bersama PSM ini, jadi tidak mengetahui hujung pangkal akan masalah ini

“Saya rasa kita tidak boleh sewenang-wenangnya ingin batalkan PSM atau sebagainya, seharusnya kita berbincang sebab sukan sepak takraw adalah sukan untuk orang Melayu,

“Jadi kalau ada masalah berbangkit, kita harus mengambil kata sepakat dan cari pendekatan yang baik, jangan terburu-buru untuk membantah atau mewujudkan entiti baharu, bagi saya itu pendapat yang bod@h,” kata Datuk Awang kepada Wacanakini.com.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman

Selain itu, Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, menyifatkan kewujudan entiti baharu ini adalah tidak wajar dilaksanakan dan seharusnya memberikan peluang kepada tampok kepimpinan baharu PSM untuk membawa hala tuju sukan ini di masa akan datang.

“Psm sudah memanggil mesyuarat agong pada tahun lepas, itu pun seranan daripada PJS, selain itu, PSM akan membuat mesyuarat Agong tahunan pada 12 Februari ini, akan ada pemilihan untuk mengganti tapok pimpinan atau presiden dan ahli jawatankuasa yang lain,

“Bagi saya PSM kini dalam garisan dan menuju kearah yang lebih baik dan sudah melaksanakan saranan yang diminta oleh PJS, jadi kami juga terkejut apabila menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh PJS mengenai entity baharu, kenapa secara tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sedemikian?

“Dengan kemeriahan STL pun belum tamat lagi, sedangkan minggu hadapan 12 Februari aka nada pemilihan baharu, jadi sepatutnya lihat dulu pemilihan barisan pucuk pimpinan PSM yang baharu dan lihat dahulu rentak serta hala tuju pucuk pimpinan baharu ini

“Sekiranya ia mengikut sasaran oleh PJS, ASTAF atau ISTAF, jadi kalau dia boleh menyelesaikan isu permasalahan sebelum ini, jadi tidak perlu untuk wujudkan entiti baharu,” luah Tengku Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Wan_Mohd Husni_Abdul.

Selain itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan, Wan Husni, berkata, kurang senang dengan tindakan PJS yang mengeluarkan kenyataan secara melulu tanpa sebarang sebab munasabah, malah mendakwa ia seakan-akan menggangu mesyuarat tahunan PSM yang bakal diadakan pada 12 Februari ini.

“Saya merasakan tidak berpuas hati dengan PJS, sebab kenapa secara tiba-tiba keluarkan kenyataan ini, sedangkan kita dah ikut kehendak nak mengadakan AGM, dan segala kehendak lain, kami jadi keliru sekarang ini sedangkan minggu hadapan akan mesyuarat AGM,

“Saya mempertikai ini dan kenapa PJS tiba-tiba macam nak menggangu AGM kita, sedangkan sebelum ini, belum lagi terbentuk kepimpinan baharu PSM,

“Kenapa berbuat sedemikian, apa sebabnya?, saya agak kecewa sebenarnya dengan tindakan PJS, Ya kami tahu dia berhak membuat segala keputusan, akan tetapi sewajarnya memberikan kami bermesyuarat terlebih dahulu, lihat perjalanan baharu ini, kemudian bergabung dengan ASTAF dan barulah tindakan boleh diambil,” luah Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan, Wan Husni.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Terakhir Wacanakini mendapatkan reaksi dan pandangan Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, malangnya beliau enggan mengulas lanjut berkenaan isu ini.

Rata-rata mengharapkan agar satu tindakan bernas dapat dilaksanakan oleh PJS dan memberikan peluang kepada PSM untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan 12 Februari terlebih dahulu, serta melihat susun atur perancangan mereka untuk masa depan demi memajukan sukan olah raga ini.

 

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases