spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kenapa media tak lapor isu rasuah kepada suami Zeti?- soal Najib

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kredibiliti media yang tidak melaporkan isu sebenar iaitu mengenai rasuah kepada suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhbar.

“Saya pelik kenapa media mempermainkan isu pekerjaan bagi anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam termasuk tuduhan kelulusan BNM (Bank Negara Malaysia) bagi 1MDB (1Malaysia Development Berhad).

“Ia bagi memindah dana sebanyak AS$1 bilion (RM4.2 bilion) kepada syarikat PetroSaudi dan Good Star diberi secara serta-merta sebab suami kepada Gabenor BNM ketika itu sudah disogok.

“Yang ini, media tak mahu lapor ke?” katanya dalam satu entri di Facebook, malam tadi.

Bekas Perdana Menteri itu turut menjelaskan tiada seorang pun anaknya pernah ditawar bekerja di Goldman Sachs mahupun berkhidmat di bank Amerika Syarikat (AS) itu.

Beliau sebaliknya berkata, keterangan bekas Pengerusi Goldman Sachs South Asia, Tim Leissner, di mahkamah lebih cenderung kepada cubaan mereka menyogok Najib.

Najib mengakui Leisnner pernah memperkenalkan anak perempuannya untuk memohon kerja di syarikat TPG Capital di Hong Kong yang tiada kaitan dengan Goldman Sachs.

“Anak saya memang pernah bekerja selama setahun sahaja dengan jawatan junior di situ (TPG Capital di Hong Kong).

Media semalam melaporkan, Leissner ketika memberi keterangan di mahkamah memberitahu, satu pertemuan antara Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, Lloyd Blankfein, berlangsung pada 2009 yang membawa kepada satu agenda.

Beliau mendakwa, sebagai balasan kepada perniagaan lumayan, peluang kerja diberikan untuk tiga anak Najib di bank pelaburan multinasional AS berkenaan.

Leissner yang juga saksi penting dalam perbicaraan jenayah membabitkan bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng, memberitahu perkara itu kepada juri di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York.

Ng dituduh mengaut AS$35 juta (RM146 juta) sebagai ‘sogokan secara rahsia’ dalam dakwaan kecurian berbilion dolar wang pelaburan 1MDB milik Malaysia.

Leissner memaklumkan, BNM membenarkan pemindahan keluar negara wang sebanyak AS$1 bilion daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI), selepas suami gabenor BNM ketika itu disogok supaya ia terlaksana.

Difahamkan, AS$D1 bilion itu termasuk AS$700 juta bagi anak syarikat PSI, Good Star Ltd yang didakwa dikawal oleh ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases