spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Terima kasih, ramai doa untuk saya pulih – Tun M

- Advertisement -spot_img


KUALA LUMPUR : “Saya ucap terima kasih. Ramai yang berdoa untuk saya pulih. Dan, hasilnya ialah saya telah pulih daripada satu penyakit yang bagi sayalah, amat teruk.

“Adakalanya, saya tak harap nak pulih. Tetapi, alhamdulillah dengan rawatan yang diberi di IJN, saya pulih”.

Gambar ihsan Facebook Tun M

Demikian ucapan ringkas mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu video pendek yang dimuat naik di akaun Twitter rasminya, hari ini.

Menerusi perkongsian berkenaan, figura yang sinonim dengan panggilan Tun M itu mendedahkan hampir berputus asa ketika bertarung nyawa, akibat masalah jantung hingga dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hampir dua minggu, bulan lalu.

Ada ketikanya, beliau seperti sudah putus harapan untuk sembuh ketika ditempatkan dalam Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN akibat penyakit berkenaan, yang disifatkannya sebagai amat teruk.

Foto ihsan Facebook Tun M

Bagaimanapun, katanya, takdir menentukan beliau kembali pulih, berkat doa ribuan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus mengharapkan negarawan itu sembuh, selain usaha pakar perubatan di IJN untuk menyelamatkan nyawanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi,dilihat masih dalam proses pemulihan ketika berucap berkongsi mengenai kesihatannya yang menjadi bualan umum. 

Perkongsian berkenaan memaparkan Tun M bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bersiar-siar di sekitar Tasik Putrajaya, hari ini.

Foto ihsan Facebook Tun M

Tun M dilihat ceria dan bertenaga ketika berjalan di sekitar tasik itu. Ada ketika beliau dilihat duduk di kerusi sambil seorang anggota kesihatan memeriksa kadar oksigen dan degupan jantung beliau.

Mengulas keadaan kesihatannya ketika ini, Tun M mengakui sudah hampir kembali kepada keadaan biasa dan boleh melakukan kegiatan harian.

Pada 5 Februari lalu, IJN memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan keluar dari IJN dan menjalani pemulihan di rumah.

Beliau dimasukkan ke IJN pada 21 Januari lalu, susulan prosedur elektif yang dilaksanakan dua minggu sebelum itu merupakan kali Tun M dimasukkan ke IJN dalam tempoh lebih sebulan.

Ia adalah susulan selepas kali terakhir masuk ke IJN pada 17 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases