spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Lesen percuma tamat Jun?

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Tempoh lesen perniagaan percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga yang dijadual tamat pada Jun ini masih dalam pertimbangan samada ia dilanjutkan atau tidak.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim berkata, kemudahan itu diberi sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Dibenarkan berniaga, kebebasan berniaga tanpa lesen namun timbul isu lain pula.

“Antara isunya adalah berniaga merata-rata sehingga kami terima aduan ia mengganggu pihak lain pula.

“Sudah tiba masanya nanti saya akan umumkan, kita lihat keadaan dahulu,” katanya kepada Wacanakini.com.

Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenalkan pada 15 November 2020 bagi membolehkan orang ramai di tiga Wilayah Persekutuan membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan sesuai secara percuma.

Shahidan menambah, tujuan asal Skim Bebas Berniaga adalah bagi meringankan beban peniaga yang terjejas akibat COVID-19.

“Antara cadangan yang dipertimbangkan adalah DBKL akan memilih lokasi baharu untuk bebas berniaga agar isu gangguan penduduk setempat tidak timbul.

“Bukan bebas mereka pilih, tetapi kita pilih. Kita tidak mahu kenteraman orang terganggu, kita akan beritahu kemudian lokasi baru,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases