BANGI : Lambakan di media sosial seperti TikTok, Instagram, Bigo Live, Telegram dan Facebook boleh dilihat merata influencer berani mendedahkan lurah payudara, berbikini untuk meraih rating dan viewer tinggi.
Mereka sanggup melaburkan puluhan ribu bagi membesarkan payudara punggung malah sanggup buang tulang rusuk demi memperoleh badan ‘hour glass’ dengan saiz pinggang 23 sentimeter.
Semua itu ada kesan sampingan seperti kanser dan lain-lain di masa hadapan tetapi demi ‘ masa muda’ yang digilai ramai ini, mereka sanggup redah segalanya.
Wanita-wanita ini sebenarnya hilang arah jati diri. Mereka menyangka dengan berbikini menayangkan lurah, rambut blonde maka mereka akan dapat banyak perhatian lelaki tentunya.
Mereka rasa diri mereka setaraf dengan model international, Kim Kardashian, model Rusia dan lain-lain.
Biasanya akan komennya begini, ‘bidadari syurga benar-benar wujud’, ‘body goal betullah’ sebaliknya jika influencer itu bertudung dan agak seksi terus komennya begini, ‘apa guna pakai tudung, awak Islamkah’, “ini ahli Neraka”.
Seolah jika mahu seksi jangan pakai tudung baru tak dikecam, pakai tudung dan seksi itu tiket ke neraka bagi mereka.
Obsesi seperti ini terhadap media sosial bukan sahaja berlaku pada wanita, malah lelaki juga.
Paling mengejutkan negara, tahun lalu, pelakon lelaki senior, Nam Ron tahun lalu juga telah mencetuskan sensasi apabila seperti terpaksa ‘tayang badan’ di Instagram.
Nam Ron memuatnaik hantaran itu secara sinikal bagi meraih 1 juta pengikut, membuatkan ramai rakan artis serta peminat membanjiri ruangan komen, dengan memberikan pandangan dan kritikan masing-masing.
Pengarah Urusan Siti Salon Alzahrah, Siti Hajar Jamil berpendapat keghairahan segelintir influencer beragama Islam tetapi bangga beraksi panas di media sosial sebenarnya takkan kekal lama.
“Golongan ini tak kira wanita atau lelaki seolah menjadi ‘hamba’ kepada kehendak lelaki atau wanita yang mempunyai berfantasi tinggi, dan kerana kelompok ini fantasi lelaki berkenaan dipenuhi.
“Lelaki atau wanita bukan untuk diperdagangkan, mereka perlu meletakkan diri mereka di kelas tersendiri tanpa perlu merendahkan maruah mereka,” katanya kepada Wacanakini.com.
Dalam pada itu, beliau yang memiliki tiga cawangan Siti Salon Alzahrah Salon Rambut Muslimah patuh syariah iaitu di Bangi, Shah Alam dan Sri Rampai berkongsi pengalaman berada dalam dunia pengayaan rambut hampir empat dekad tidak memilih selebriti atau influencer seksi untuk mengiklankan produknya.
“Saya mengekalkan prinsip tak perlu mengambil wajah yang terkenal dengan seksi, daring maut untuk produk-produk saya.
“Dan mungkin prinsip itu, Allah datangkan pelanggan-pelanggan dari kalangan dihormati, ada akademik, ada profesional malah isteri-isteri VIP.
“Namun saya tidak menghukum golongan ini kerana hidayah belum sampai kepada mereka. Saya pernah lalui pengalaman sama mereka sehingga satu hari saya mahu perubahan kepada diri saya.
“Manusia boleh berubah, mungkin pengakhiran hidup mereka lebih mulia di sisi Tuhan, siapa tahu.