spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Adham Baba puji keperibadian Shahidan

- Advertisement -spot_img

JOHOR BAHRU : Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba menzahirkan rasa bersyukur dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang berperanan sebagai bapa angkat kepada Barisan Nasional Bahagian Tenggara.

Adham berkata Shahidan mempunyai keperibadian yang baik terutama komitmen terhadap kerja. Dalam masa yang sama, pengalaman yang diperoleh juga boleh dikongsikan bersama jentera-jentera BN.

Gambar ihsan BERNAMA

“Semua telah berjalan dengan baik, yang mana calon-calon juga telah mengisi borang. Apa yang penting, kita bertuah kerana kita di bahagian Tenggara berada di bawah pimpinan Shahidan.

“Beliau merupakan seorang bapa angkat yang sangat prihatin yang mana komitmennya dari segi kekuatan bekerja tiada tolak bandingnya,” kata Adham.

Adham meluahkan rasa bersyukur yang turun padang ke bahagian Tenggara, di sini bagi memberi kata-kata semangat serta beramah mesra dengan jentera BN.

Adham sebagai tuan rumah turut menyambut kehadiran Shahidan bersama isterinya yang juga merangkap Ketua Wanita UMNO Perlis, Datin Shamsiah M Yassin.

Sebelum ini, Adham menjelaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor akan menumpukan penggunaan media sosial, terutama Facebook serta TikTok, untuk mendekati dan menarik perhatian golongan pengundi muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Tambahnya, pendekatan yang diambil itu bagi menangani peningkatan besar jumlah pengundi muda negeri ini, susulan pendaftaran automatik Undi18.

Beliau berkata, pertambahan signifikan jumlah golongan muda yang akan kali pertama mengundi itu memerlukan pelaksanaan strategi berbeza daripada sebelum ini.

“UMNO dan BN sudah mula menggunakan media sosial secara meluas sejak PRN Melaka lagi.

“Selain Facebook dan TikTok, kita juga akan menggunakan keseluruhan platform media sosial untuk menyantuni pengundi, khususnya golongan muda susulan pengenalan Undi18.

“Kita melihat pengundi, khususnya golongan muda, cenderung untuk menggunakan Facebook dan TikTok berbanding medium lain. Justeru, kita akan memberikan tumpuan kempen ke arah itu,”katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases