spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan ditangguh 

- Advertisement -spot_img

KESEMUA baki 21 acara yang disenaraikan dalam kalendar sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 peringkat Labuan, ditangguhkan serta-merta susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata penangguhan itu diputuskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), selepas mengambil kira keselamatan orang ramai.

Gambar ihsan BERNAMA

“Sebanyak 10 daripada 31 acara yang disenaraikan bagi sambutan tersebut telah dilangsungkan sejak 10 Feb lepas, dan bakinya ditunda ke tarikh ditentukan kelak,” katanya kepada Bernama.

KWP mengeluarkan arahan kepada Perbadanan Labuan pada 11 Februari lepas agar menangguhkan semua program sambutan berkuat kuasa serta merta, berikutan peningkatan kes varian Omicron COVID-19.

Rithuan berkata antara acara yang telah dijalankan adalah Program Pencahayaan, Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan, mewarna, TikTok, pertandingan fotografi, pertandingan petanque, bacaan Yasin dan doa selamat, diskaun kupon parkir dan kompaun, zumba perpaduan dan pameran Keluarga Malaysia.

Beliau berkata acara utama yang sepatutnya diadakan seperti battle of the band, futsal Piala Menteri WP, tinju persahabatan, karnival sukan pantai, konsert@kitasatu, kejohanan E-Sukan, mendaki dan Kenduri WP Labuan.

“Mengambil kira keselamatan orang ramai, keputusan menangguhkan program berkenaan adalah tepat pada masanya kerana kita tidak harus membiarkan kemunculan sebarang kluster baharu COVID-19,” katanya. -BERNAMA

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases