spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Ahli PKR dedah ditawar beli undi calon PKR

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

HULU SELANGOR : Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan pemilihan 2022 untuk memilih barisan kepimpinan baharu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 bermula semalam hingga 21 Mei nanti.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan persaingan sengit 11,282 calon bagi merebut pelbagai jawatan termasuk jawatan tertinggi parti.

Namun, di tengah kehangatan pemilihan, seorang ahli PKR sejak 19 tahun lalu, M Soundrarajan membuat satu laporan polis di Balai Polis Rasa jam 4.30 petang semalam.

Menurut laporannya, seorang setiausaha kepada seorang Ahli Parlimen telah menawarkan wang sogokan sebanyak RM50 seorang ahli yang memilih Ahli Parlimen itu sebagai Ketua Cabang PKR.

“Di bawah saya ada 110 ahli PKR yang ditawarkan untuk memilih YB berkenaan.

“Saya juga akan diberikan wang sebanyak RM1,000 jika ahli saya mengundi calon terbabit malah saya diberitahu akan menerima (pembayaran lagi) jika berjaya memanggil lima lagi ketua ahli.

“Saya akan menerima ganjaran sebanyak RM1,000 bagi setiap orang yang mengikuti saya namun saya tidak bersetuju,” katanya yang bercadang untuk membuat laporan ke SPRM

Soundrarajan berkata, tawaran itu dibuat di dalam kedai guntingnya di Batang Kali petang semalam.

Satu rakaman memperlihatkan seorang lelaki merapatinya dipercayai pegawai YB terbabit.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases