spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

BN yakin calon baharu mampu tarik pengundi

- Advertisement -spot_img

Nurman Nusyriq

JOHOR BAHRU  — Barisan Nasional (BN) yakin keputusannya meletakkan ramai muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mampu menarik sokongan pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, calon muka baharu yang diketengahkan bukan sahaja memiliki kelayakan akademik tinggi, malah memenuhi aspirasi rakyat Johor bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu.

“Bukan sahaja calon lelaki ada tahap pendidikan yang tinggi tetapi juga wanita. Malah telah terbukti wanita boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, apa yang lebih penting adalah tawaran daripada BN.

“Naratif pertama adalah untuk kestabilan politik dan kestabilan ini adalah untuk kesejahteraan rakyat,” katanya selepas melawat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar diminta mengulas mengenai keputusan BN mengetengahkan calon muka-muka baharu pada PRN Johor kali ini.

BN meletakkan calonnya bertanding di kesemua 56 kerusi pada PRN Johor dengan komposisi 37 calon daripada UMNO, 15 MCA dan empat  MIC.

BN turut menampilkan calon wanita paling ramai pada PRN Johor kali ini, iaitu dengan 14 orang.

Hari pengundian PRN Johor ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 12 Mac manakala pengundian awal pada 8 Mac. 

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases