KUALA LUMPUR -“Tiada masalah, Smart Tag ke, Touch N Go ke, pasang sahaja ‘ anthena reader’, tak perlu ‘dedicated teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) lane’.
Pemilik idea asal perlaksanaan RFID sejak tahun 2011 yang bernama Norshahrizal Nordin mencadangkan penyelesaian itu bagi melancarkan sistem RFID.
“Jika tak boleh guna RFID, guna Touch N Go atau Smart Tag atau boleh jalan serentak atau ‘run simultaneously’, sehingga RFID tu stabil.
“Saya berpendapat masalah RFID ketika ini, ada masalah integrasi pangkalan data dengan anthena reader, bila nak ‘retrieve’ itu jadi lambat, ambil masa sedikit.
“Kalau nak boleh muat naik semua pangkalan data ke dalam pusat server ‘central server’ dekat ‘local’, dan bila ‘on’ jadi cepatlah,” katanya.
Sebelum ini mendedahkan di sebalik kontroversi perlaksanaan RFID ramai tidak tahu idea itu sebenarnya sudah wujud 11 tahun lalu oleh seorang anak tempatan.
Pemilik idea itu adalah Norshahrizal Nordin, pemegang pertama lesen Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat.
Norshahrizal adalah Pengerusi Persatuan Usahawan Rekacipta dan Inovasi, tahu serba serbi mengenai RFID dan pernah menyertai pameran teknologi RFID di Hanover German.
Beliau adalah orang pertama yang mencadangkan RFID di plaza tol Malaysia, Jabatan Imigresen dan Visa.
Cadangan penyelesaian RFID berkenaan sudah dikemukakan ketika zaman Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, masa tu melalui setiausahanya, Datuk Fakharuddin, tetapi selepas tu senyap.
“Lebih banyak antena RFID, lebih lancar sistem RFID berfungsi, biasanya sebab kurangnya pengesan yang menyebabkan operasi tak lancar.
“Memang la tak perlu satu laluan sahaja, pasang semua laluan lebih efektif just a matter of connect dengan database,” katanya.