spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Seram! Rakaman wanita berbaju putih tabur sesuatu depan rumah

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

PETALING JAYA : Dikala orang lain sedang lena diulit mimpi, seorang wanita berdepan detik seram apabila melihat sosok berpakaian serba putih mundar-mundar bersama bekas di tangan, di hadapan rumahnya.

Kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu disedari Ana, yang berkongsi rakaman video di Facebooknya, berikutan terjaga selepas terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah.

Lebih mengejutkannya, individu berpakaian putih yang turun dari sebuah kereta berwarna hitam tidak dikenalpasti jenisnya, dilihat menabur sesuatu di hadapan rumahnya.

Perbuatan individu itu tidak disedari, oleh Ana yang sedang merakamnya dari dalam kediaman itu, sebelum berlalu pergi.

“Ya Allah, apa yang kau lempar depan rumah aku pagi-pagi buta ini.

“Korang rasa apa yang dicampak ke rumah aku, kaki tangan aku menggeletar terkejut, semoga Allah lindungi aku, anak-anak dan suami dari perbuatan keji manusia,” tulisnya menerusi hantaran dimuatnaiknya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai dan memberi pendapat dan kritikan masinh-masing berhubung motif kejadian itu.

Seorang pengguna Facebook meninggalkan komen di hantaran itu meminta agar Ana segera membuat laporan polis besertakan rakaman itu sebagai bukti.

“Baik cepat buat laporan polis, dah ada video, tunjuk sebagai bukti, risau tujuan individu tersebut tidak baik kepada keluarga awak,” kata seorang pengguna.

Selain itu, seorang lagi pengguna menyifatkan tindakan individu berpakaian putih itu seperti mahu melakukan sihir terhadap pemilik rumah.

“Saya rasa macam dia hantar sihir, lebih baik minta mana-mana ustaz datang bantu, zaman sekarang ini, masih ramai orang hati busuk guna cara seperti ini, dah tak tahu dosa pahala,” katanya.

Sumber : Kosmo Online

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases