spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

DBKL keluar notis henti kerja pemaju

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis henti kerja serta merta kepada pemaju Projek Pembinaan 1 Blok Pangsapuri Perkhidmatan di Jalan Selangat, Taman Pertama Cheras.

Ia berikutan kejadian tembok penahan di projek pembinaan terbabit.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, pemaju diarah baik pulih selain menjalankan kerja pengukuhan tembok penahan.

“Penghuni daripada tujuh kediaman yang terbabit kesan runtuhan dipindahkan ke hotel dan kos penginapan di tanggung.

“Bekalan elektrik dan air rumah mereka dihentikan.

“DBKL turut melantik IKRAM untuk menjadi perunding bebas laksanakan kajian dan pemantauan ke atas kerja pengukuhan tembok penahan.

“Pemaju juga diminta kemukakan cadangan penyelesaian kekal bagi menangani isu di tapak pembangunan,” katanya pada satu sidang media.

Turut hadir Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Pengarah Eksekutif Perancangan, Datuk Sulaiman Mohamed, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek, Datuk Azmi Abdul Hamid, wakil daripada pemaju dan juga wakil daripada pihak IKRAM selaku perunding.

Turut diadakan sesi libat urus bersama penduduk di kawasan tersebut.

DBKL memandang serius kejadian ini, tindakan pemantauan dilakukan oleh Jabatan Perancangan Infrastruktur dan Jabatan Penguatkuasaan.

Pemantauan dijalankan setiap hari sehingga tapak kembali selamat.

Kejadian runtuhan pada jam 2.52 pagi Ahad semalam berdasarkan panggilan Bomba membabitkan sebuah rumah runtuh selepas berlaku mendapan tanah namun enam buah rumah berdekatan diarah berpindah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases