spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan, Menteri yang tak banyak protokol

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim seorang yang mudah didekati dan disegani kawan dan lawan.

Itu antara komen pelbagai peringkat masyarakat apabila bercakap mengenai personaliti dirinya.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, beliau secara peribadi menyukai sikap Shahidan yang sentiasa rendah diri.

“Shahidan, Menteri yang tak banyak protokol, tindakannya lebih kepada rakyat, lebih kepada agenda rakyat.

“Beliau bukan berada dalam kelompok elit tetapi banyak menempatkan diri dalam masyarakat marhean.

“Kita tengok dia pakai jubah, turun Bazar Ramadan, lihat sendiri isu banjir, isu penjaja dan lain-lain. Beliau suka bertanya sendiri masalah rakyat,” katanya kepada Wacanakini.com pada Majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Parlimen Batu pada Isnin lalu.

Parlimen itu menerima kejutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri hadir ke Dewan Yayasan Warisan Batu selain kehadiran mantan PM, Datuk Seri Najib Razak dan Shahidan ke majlis itu.

Jangkaan awal jemputan yang hadir cuma 3,000 orang tetapi telah mengjangkau lebih 5,000 hadirin yang teruja kehadiran pemimpin-pemimpin negara itu.

Tambah, Gulam melihat suasana dan sambutan kehadiran rakyat setiap kali pemimpin Barisan Nasional hadir bertemu rakyat, ia memberi mesej bahawa BN berada pada kedudukan selesa untuk Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Parlimen Batu WP, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases