spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Serang Kim Kardashian, akaun Instagram Kanye digantung sementara

- Advertisement -spot_img

Los Angeles: Penyanyi Kanye West, 45, digantung sementara Instagram selepas menggunakan akaunnya menyerang bekas isteri Kim Kardashian, 42, dan teman lelakinya Pete Davidson, 29.

Jurucakap Meta yang juga pemilik platform media sosial itu menjelaskan Kanye atau Ye melanggar polisi apabila melakukan penghinaan, gangguan, dan buli.

Terbaru, penyanyi itu menyatakan bahawa dia bimbang Davidson menjebak Kardashian dalam kancah dadah. Dia juga menuntut pelawak itu agar memohon maaf kepada keluarga bekas isterinya.

Ye turut menyerang hos Trevor Noah yang menaikkan isu konfliknya dalam program The Daily Show. Noah memberi amaran konflik itu boleh berakhir dengan keganasan dan ngeri untuk diikuti.

Akaun miliknya itu akan digantung selama 24 jam dan Ye disekat daripada memuat naik hantaran, komen, mesej peribadi, dan sebarang kandungan.

Bagaimanapun, Instagram juga mungkin akan mengambil tindakan lanjut terhadapnya jika berterusan melakukan penyalahgunaan.

Meskipun digantung, akaunnya masih boleh diakses dan ruangan komennya tetap dibuka.

Sejak beberapa bulan ini, Ye dilihat berterusan melakukan serangan peribadi terhadap Davidson menerusi Instagram.

Pada Februari lalu, dia juga mempersenda pelawak itu menerusi muzik video lagu baharunya Eazy. Dalam video itu, pelawak terbabit digambarkan jadi mangsa culik dan ditanam hidup-hidup.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases