spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sarawak kaut pelaburan RM23.17 bilion sepanjang pandemik Covid-19

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

Sarawak berjaya memperoleh pelaburan berjumlah RM23.17 bilion ketika situasi global dicabar pandemik Covid-19 dari tahun 2020 hingga 2021.

Timbalan Premier merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perolehan berkenaan merangkumi 117 projek iaitu RM16.08 bilion telah diluluskan pada 2020 dan RM7.09 bilion pada 2021.

“Pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 11,000 peluang pekerjaan di seluruh Sarawak,”’katanya dalam ucapan penggulungan di Persidangan Hari Kelapan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 hari ini.

Menurut beliau projek utama yang diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA) pada tahun 2020 dan 2021 adalah dalam beberapa sektor iaitu Produk Logam Asas (2020) iaitu RM13.8 bilion (keluli gred tinggi), Produk Elektrik & Elektronik (2021) berjumlah RM4.2 bilion (kapasitor cip) dan Bahan Kimia & Produk Kimia (2021) iaitu RM1.4 bilion (Silikon polihabluran dan gas industri).

Sementara itu, beliau mendedahkan projek utama yang diluluskan di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian (ICC) negeri pada tahun 2020 dan 2021 merangkumi; Produk Tenaga Boleh Diperbaharui (2020) iaitu bernilai RM250 juta (biojisim dan biogas untuk penjanaan kuasa) dan Produk Logam Asas (2021) berjumlah RM938 juta (kerajang tembaga, bahan binaan dan perabot).

Kelulusan juga kata Awang Tengah termasuk projek perkhidmatan (2021) berjumlah RM93 juta (logistik dan pergudangan) serta Produk Mineral Bukan Logam (2021) bernilai RM86 juta (konkrit pratuang).

Bercakap mengenai tahun 2022 pula beliau mendedahkan kerajaan Sarawak telah meluluskan 2 projek pembesaran baharu di Sama Jaya bernilai RM2.1 bilion.

Pelaburan ini ujarnya merangkumi produk elektrik & elektrik (jongkong solar & wafer dan substrat untuk pemacu cakera keras), serta syarikat-syarikat ini telah pun memulakan kerja-kerja pembinaan.

Selain itu, ujarnya ICC Negeri juga telah meluluskan 16 projek bernilai RM75 juta dalam Produk Minuman (air minuman dalam botol), Perkhidmatan (logistik dan pergudangan), Produk Berasaskan Kayu & Kayu (perabot, bahan binaan, arang & kayu gergaji) dan Produk Logam Asas (produk keluli).

“Pelaburan ini dijangka mewujudkan lebih 2,100 peluang pekerjaan di negeri ini,” ujarnya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases