spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Nafi kahwin baru, Shuk nak jual rumah RM1.2 juta

- Advertisement -spot_img


KUALA LUMPUR : Kesempitan hidup yang dialami pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar sehingga berhasrat menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta.,

Shuk, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menjelaskan, pendekatan diambil demi kelangsungan hidup dan memulakan sesuatu yang baharu. 

Dalam hantaran video dimuat naik pengguna di TikTok, Shuk juga sudah melantik agen bagi menguruskan penjualan rumahnya itu. 

“Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru, sebab itu perlukan duit. 

“Jadi sesiapa yang rasa berkemampuan nak tengok rumah dan tengah cari rumah di Elmina Ferrea boleh mesej (DM) saya di Instagram untuk tengok rumah.

“Saya juga sudah lantik ejen bagi membantu menjual rumah ini. Rumah ini sudah habis buat (ubahsuai) semuanya. Ada bilik main snuker. Saya nak jual RM1.2 juta,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Shuk menafikan dia perlukan wang untuk berkahwin baharu.

“Mana ada perlukan duit nak kahwin. Insya-Allah kalau nak kahwin lagi satu masih lagi ada duit. Yang nak faham, akan faham, yang tak nak faham tidak apa,” katanya menjawab soalan sinis warganet.

Status rumah tanga Shuk dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian pada November tahun lalu.

Ia selepas Shuk didakwa beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang dengan wanita bernama Farah Salleh.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu NurQurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases