spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

RISDA jamin ayam cukup, sasaran ternakan fasa pertama 500,000

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

AMPANG : Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam perancangan bersama MAFI menyasarkan 500,000 ternakan ayam daging organik bagi tahun ini bagi menampung keperluan ayam di dalam negara.

RISDA telah mengenalpasti beberapa lokasi yang bersesuaian untuk ternakan ayam daging organik.

Pengerusi RISDA, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif berkata, sebagaimana rakyat maklum sekatan eksport ayam ke Singapura sudah dilaksanakan kerana kekurangan bekalan ayam dalam negara dan isu harga ayam yang mahal.

“Atas langkah itu, RISDA mampu untuk bantu kerajaan dibawah Program Jaminan Makanan.

“Kita ada tanah yang cukup, tenaga kerja yang cukup, kewangan cukup bawah MAFI kolaborasi bersama.

“Tenaga kerja ini dari pekebun kecil yang juga kita sasarkan menerusi program ini pendapatan mereka dapat bertambah selain kerja penanaman.

“Kita tak mahu rakyat terkesan hari ini tak dapat makan ayam kerana harga ayam mahal atau tidak cukup,” katanya pada sidang media pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri RISDA 2022 di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tambah Mohd Salim, ternakan fasa pertama ini mengambil masa 45 hari hingga 60 hari sebelum mendapat hasil.

“Ayam daging organik ini akan dipastikan persekitaran yang bersih, perlesenan dan penyediaan sumber makanan ayam seperti dedak juga dipastikan halal.

“Ayam daging organik ini dipastikan halal, tidak disuntik vaksin dan sebagainya dan kita sudah mengambil khidmat nasihat daripada syarikat pengeluaran ayam berkaitan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pekebun kecil dan penoreh getah yang layak boleh memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun ini.

Setiap penerima bantuan yang layak akan menerima RM600 setiap seorang, bantuan akan disalurkan sebanyak dua kali iaitu RM300 bulan November dan baki RM300 lagi pada Disember tahun ini.

“Seramai 232,319 penerima yang terjejas pendapatan mereka ketika musim tengkujuh bakal menerima bantuan tersebut menrusi peruntukan sebanyak RM191 juta.

Antara syarat yang ditetapkan ialah penoreh getah dan pekebun kecil mempunyai keluasan kebun getah antara 0.1 sehingga 2.5 hektar.

Tambah beliau, pekebun kecil dan penoreh getah dinasihatkan melayari portal melalui pautan pekebunkecil.risda.gov.my atau hadir ke pejabat RISDA berhampiran, bagi mendapatkan maklumat tepat berkenaan permohonan mereka.

Bantuan itu diharap dapat meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas sepanjang tempoh musim tengkujuh kelak.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases