spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Jangan tangkap ikan temelian tiga bulan

- Advertisement -spot_img

 

Mohd Fikri Mie

JERANTUT, 4 Februari 2022 – Jabatan Perikanan Pahang mengeluarkan amaran tidak membenarkan aktiviti menangkap ikan Temelian (probarbus jullieni) di sungai di negeri ini selama tiga bulan bermula bulan ini.

Pengarahnya Abdullah Jaafar berkata, larangan berkenaan dikeluarkan berikutan musim ikan terbabit bertelur dan akan berada kawasan air cetek secara berpasangan.

Menurutnya, ikan itu yang boleh mencapai berat 25 hingga 40 kilogram (kg) kini semakin berkurangan dan tidak mustahil menghadapi risiko kepupusan jika tangkapannya tidak dikawal terutama pada musim bertelur.

Katanya, ikan Temelian atau Temoleh adalah spesies ikan sungai yang hanya terdapat secara bebas di sungai utama di Pahang dan Perak sahaja, permintaan terhadap ikan berkenaan adalah tinggi walaupun harganya mahal.

“Sifat ikan temelian akan ke kawasan lubuk dan air cetek untuk bertelur secara berpasangan memudahkan nelayan darat menangkapnya hanya menggunakan jaring hanyut.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar bersama ikan temelian di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok.

“Jabatan telah memasang papan tanda di sepanjang Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai sebagai peringatan kepada pihak berkaitan supaya tidak melakukan aktiviti menangkap ikan temelian selama tiga bulan.

“Kegiatan menangkap ikan temelian yang banyak terdapat di tiga sungai terbabit akan berleluasa setiap kali tiba musim bertelur, permintaan menggalakkan dengan harga antara RM50 hingga RM70 sekilogram merancakkan lagi aktiviti memburu ikan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program lawatan ke Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Akuakultur Koperasi Tunas Lada dan Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar Zam Aquatic, di sini semalam.

Menurut Abdullah, mengikut peraturan Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Pahang, individu yang menangkap ikan temelian dalam tempoh larangan (Februari-April) boleh dikenakan kompaun hingga RM5,000 dan peralatan menangkap ikan mereka dirampas.

Katanya, sebelum ini jabatan mengesan terdapat nelayan darat di beberapa kampung tradisional di Jerantut dan Maran melakukan aktiviti menangkap ikan temelian dalam tempoh larangan
“Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang terbabit dengan kegiatan berkenaan dan hukuman sedia ada akan dikenakan tanpa sebarang alasan.

“Jabatan kini menawarkan untuk membeli ikan Patin Muncung hidup dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran semasa, untuk tujuan dijadikan induk dalam usaha membiakkan semula ikan yang diancam kepupusan itu,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases