spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Mahkamah arah 3 anak dikembali kepada Loh

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, memerintahkan tiga beradik di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), diserah segera kepada ibu kandung mereka, Loh Siew Hong.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal terbabit.

Hakim berkata, menurut perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Mac 2021, pemohon telah diberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal ke atas ketiga-tiga anaknya.

“Terdapat juga perintah ex-parte interim bertarikh 20 Dis 2019, memberikan hak penjagaan dan kawalan tunggal anak-anaknya kepada pemohon.

“Perintah mahkamah masih kekal dan masih sah. Perintah mahkamah tidak boleh dilayan sewenang-wenangnya dalam berhadapan penghinaan mahkamah. Oleh sebab perintah mahkamah masih kekal, saya membenarkan permohonan writ habeas corpus,” kata hakim.

Dalam notis usul yang difailkan melalui Tetuan SS Thind pada 13 Feb, Loh menamakan Nazirah Nanthakumani Abdullah sebagai responden pertama dan pihak yang tidak dinamakan, yang beliau dakwa menjaga tiga anaknya, sebagai responden kedua.

Loh memohon writ habeas corpus atau perintah lain yang sesuai oleh mahkamah untuk membolehkan anak-anaknya itu dibebaskan serta-merta daripada hak penjagaan persendirian responden, dan dikembalikan kepadanya.

Dalam pada itu, peguam, Aidil Khalid mewakili Nazirah berkata, mahkamah hanya membuat keputusan mengenai penjagaan kanak-kanak itu sahaja tanpa menyentuh mengenai isu agama yang dianuti mereka.

“Keputusan mahkamah secara tegas, cuma berkenaan isu memulangkan anak kepada ibu tapi tak sentuh isu lain sebab keputusan hari ini ada dalam keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, berkenaan penukaran agama tiada isu,” katanya ketika ditemui media di luar pekarangan mahkamah.

Isu perebutan tiga kanak-kanak berkenaan tercetus selepas ibu tunggal itu yang sejak tiga tahun lalu terpisah dengan anak-anaknya dipertemukan semula dengan bantuan Nazirah.

WacanaKini.com sebelum ini melaporkan, Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) dan mufti Perlis baru-baru ini didakwa ‘terkhilaf’ dalam menguruskan isu pendaftaran tiga anak kepada ibu tunggal, Loh, sebagai orang Islam.

Bagi kes berkenaan, mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut didakwa tersilap mengeluarkan kenyataan bahawa jika anak itu sudah mampu membezakan yang baik dan buruk, mereka boleh memilih untuk pergi kepada ibu mereka yang bukan Islam atau bapa mereka yang Islam, sedangkan hak penjagaan anak telah diberikan kepada ibu.

Majlis Perundingan Buddhisme, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) berkata, bagi kes Loh, tiga anaknya di bawah umur memeluk Islam secara sepihak dilakukan tanpa kebenarannya.

*habeas korpus – perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah supaya sese­orang dilepaskan daripada tahanan yang tidak meng­ikut undang-undang: writ ~.(Rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat atas talian)

*ex-parte – perintah sementara / interim diputuskan oleh sebelah pihak

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases