spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Polis siasat isu polis pengiring anak Azeez Rahim

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan.

Pada Sabtu (semalam) kira-kira pukul 8.36 malam, telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ‘anwarazeez’.

”Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik PDRM di Jalan Bukit Gambir.

Pihak PDRM Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi klip video berkenaan yang dimuat naik menerusi Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

Paparan video berkenaan mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan di Pulau Pinang.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases