spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Yayasan PRIHATIN taja pengajian anak-anak staf Hospital Ampang

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

AMPANG : Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) menaja pengajian anak-anak staf Hospital Ampang yang kurang kemampuan, agar dapat meneruskannya di bidang vokasional TVET.

Apa yang menarik, PRIHATIN tidak menetapkan sebarang kuota untuk menyalurkan bantuan kepada anak-anak berkenaan.

Inisiatif ini adalah lanjutan Siri Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) 2022 bagi memastikan tiada pelajar tercicir.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali menyeru staf hospital untuk tampil jika memerlukan bantuan.

“Petugas barisan hadapan juga perlu diberi perhatian kerana mereka juga golongan orang yang bekerja keras dikala dikala wabak pandemik tetapi turut sama terjejas dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.

“Program yang dilaksanakan bersama hasil kalobarasi strategik dapat menzahirkan keprihatinan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat sekaligus berbakti kepada negara Malaysia tercinta ini,” katanya pada sidang media di ruang legar Auditorium Hospital Ampang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 500 petugas barisan hadapan Hospital Ampang melalui Program Kembara Ramadan Prihatin.

Turut hadir Ketua Pengarah Hospital Ampang, Dr Kasuadi Hussin.

Kembara Ramadan Prihatin merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan oleh PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti sekitar bulan ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik.

Antara golongan terlibat adalah anak-anak yatim, anak-anak tahfiz, anak-anak sindrom down, golongam gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan depan melalui pelaksanaan program seperti program Berbuka Puasa (Iftar), Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk dan Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin.

Bulan Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu dan menyantuni semua golongan yang kurang bernasib baik.

PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasa melalui program-program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama brsama agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan.

Dengan kolaborasi strategik bersama pihak Hospital Ampang ini, PRIHATIN menyasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengan institusi Kesihatan dalam masa boleh membantu dan meringankan beban petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases