spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pemandu beratur lima jam, sistem online PERKESO menyusahkan

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

PETALING JAYA : Ribuan pemandu e-hailing atau p-hailing terpaksa berbaris panjang menunggu giliran kerana ketidakcekapan sistem online Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pendaftaran.

Tinjauan wartawan ke PERKESO Kelana Jaya mendapati golongan pemandu meluahkan rasa kecewa dengan pengurusan PERKESO.

Kata mereka sewajarnya PERKESO menyediakan sistem pendaftaran online yang lebih efektif elakkan pemandu beratur panjang setiap hari.

Seorang pemandu e-hailing berkata, ada yang terpaksa beratur dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang untuk mendapat giliran.

Sistem pendaftaran online PERKESO perlu dinaiktaraf agar tidak menyusahkan orang ramai dan tidak membazirkan masa yang sepatutnya digunakan untuk mencari nafkah.

Untuk rekod, pendaftaran PERKESO djadikan prasyarat untuk memperbaharui lesen e-hailing atau p-hailing di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sebelum ini berkata cadangan sedemikian sedang diteliti menerusi kerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) demi memastikan keselamatan pekerja di sektor ekonomi gig atau lejang sentiasa dilindungi.

Selain itu, katanya, dasar caruman PERKESO untuk pekerja di sektor gig akan diwajibkan secara berperingkat bagi memberikan peluang kepada penggiat industri melakukan penyelarasan berkaitan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases