spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Hampir 100 keping duit syiling muncul sepanjang Ramadan

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

JERTIH : Penduduk di Terengganu gempar dengan kisah viral mengenai penemuan kepingan duit syiling di permukaan tanah di sekitar kediaman rumah Azhar Nor, 56 yang mengidap penyakit misteri.

Isterinya, Wan Zaidah Wan Bakar, 53, mendakwa kepingan duit syiling bernilai antara lima sen dan 20 sen ‘timbul’ di permukaan tanah kediaman mereka.

Kira-kira 50 hingga 100 keping ditemukan sejak bermulanya Ramadan.

“Malah penyakit Cikgu Har (Azhar) semakin serius apabila tidak boleh memakai baju sejak awal Ramadan lagi,” katanya yang tinggal di Kampung Jerebu, Pasang Bual, Hulu Besut di sini.

Tambahnya, tiada makanan dan juadah disediakannya sempena Aidilfitri Isnin lalu sebaliknya hanya membeli biskut, kuih dan minuman untuk dihidangkan kepada tetamu.

Sementara itu, Azhar berkata akibat sakit, kerana sudah dua kali tidak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan hanya mendengar takbir raya menggunakan set fon kepala (headphone).

“Saya terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri seorang diri di atas MPV

“Isteri juga tidak dapat bersama penduduk kampung menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid kerana terpaksa menjaga saya,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases