Oleh Tun Puteh Wanti
Ini adalah analisis kewartawanan penulis. Pada tahun 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, secara automatik lantikan kabinetnya terbubar.
Mat Sabu hilang jawatan sebagai Menteri Pertahanan, Lim Guan Eng bukan lagi Menteri Kewangan, Maszlee Malik bukan lagi Menteri Pendidikan.
Semua mereka apabila berkhidmat kurang daripada 36 bulan, mereka tidak mendapat pencen.
Besar sangat ke pencen Menteri? Ya memang besar kerana perkhidmatan lebih 36 bulan melayakkan mereka menikmati gaji pokok sebagai Menteri.
Mereka hanya kehilangan elaun-elaun khas tertentu sahaja.
Dibandingkan dengan seorang tentera, perlu berkhidmat 18 tahun atau 21 tahun atau capai usia persaraan 56 tahun atau 60 tahun sebelum layak pencen.
Pencen mereka adalah 50 peratus gaji pokok. Seandainya gaji pokok pesara guru adalah RM3,600 maka pencennya hanya RM1,800 sebulan.
Tetapi seorang Menteri gaji pokoknya RM18,000 sebulan tetap mendapat sebanyak itu juga yang hilang hanya elaun-elaun tertentu sahaja.
Sekiranya pilihan raya dilakukan dalam tempoh terdekat, negara ini bertuah kerana tidak perlu membayar pencen kepada Menteri-menteri zaman PH dan zaman PN.
Gaji penuh seorang Menteri lebih RM50,00 sebulan maka darablah dengan berapa orang Menteri tidak termasuk Perdana Menteri.
Media tempatan sebelum ini melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bagaimana ahli politik memperoleh gaji atau pencen yang lumayan, hanya dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat atau menjadi menteri dalam tempoh yang lama.
Perkembangan ini hadir ketika rakyat, terutamanya kelas pekerja berdepan kesukaran meneruskan kehidupan susulan Covid-19.
Syed Saddiq yang pernah berkhidmat sebagai menteri belia dan sukan berkata seorang ahli kabinet dibayar RM50,000 sebulan.
Selain itu, katanya, seorang menteri juga mendapat rumah mewah di Putrajaya, sebuah kereta, pemandu, plat kenderaan bernilai ratusan ribu jika dijual, lesen import (AP) untuk membawa masuk kereta mewah ke dalam negara, dan sebidang tanah di Putrajaya.
Syed Saddiq juga mendedahkan mereka yang sudah berkahwin boleh mendapat antara RM100,000 hingga RM200,000 untuk percutian setiap tahun.
Beliau mengatakan jika seorang ahli politik telah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri (Adun), ahli exco, dan menteri, atau senator, atau ahli parlimen, mereka menikmati pencen untuk setiap jawatan ini.
Sekiranya menggabungkan semua pencen, ia boleh melebihi RM100,000 sebulan.
Pengecualian bagi Tun Dr Mahathir atau Tan Sri Muhyiddin Yaasin kerana mereka telah pun menjadi Perdana Menteri beberapa penggal sebelum ini.
Tun Dr Mahathir ada pencen sebagai PM, sebagai Menteri Pelajaran, sebagai Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kewangan.
Pencen ini akan terhapus jika mereka disabitkan mana-mana kes jenayah walaupun sehari penjara.
Jadi baguslah jika Pilihan Raya dilakukan segera agar duit rakyat tidak dibazirkan untuk menampung gaji atau pencen pemimpin sekarang ini?
Untung yang paling besar ialah rakyat berpeluang untuk memilih parti yang benar-benar mengutamakan kepentingan rakyat.
Ini kerana dalam tempoh tiga tahun sejak 2018, sudah tiga kerajaan silih berganti dan langkah yang menjaga kepentingan rakyat pada masa Covid-19 masih menjadi rungutan rakyat termasuk isu KWSP.
Pada masa banjir Shah Alam pada tahun lalu, Perdana Menteri terpaksa panggil balik Menteri-menteri yang sedang bercuti senyap-senyap di luar negara.
Ketika itu, hanya Datuk Dr Seri Shahidan Kassim sahaja pemimpin terawal beri bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam dan Hulu Langat.