spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

PRN Johor: 239 termasuk 16 calon Bebas bertanding

- Advertisement -spot_img

JOHOR BAHRU – Seramai 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, 223 calon mewakili 10 parti politik dan 16 calon bertanding atas tiket Bebas.

Menurutnya, tiada calon yang ditolak borang pencalonan mereka.

“Daripada jumlah itu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon, manakala Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menghantar 42 calon serta 30 calon daripada Pakatan Harapan (PH).

“Selain itu, seramai 20 calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula layak bertanding dalam PRN Johor, diikuti 16 calon Bebas serta tujuh daripada Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Seramai enam calon daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), empat calon mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang calon,” katanya dalam satu sidang media.

PRN Johor turut menyaksikan pertandingan tujuh penjuru membabitkan dua DUN, enam penjuru (empat DUN), lima penjuru (lapan DUN), empat penjuru (35 DUN) serta tiga penjuru (tujuh DUN).

“Usia calon tertua yang bertanding ialah 71 tahun dari DUN Bukit Permai (PN) serta calon termuda berusia 26 tahun dari DUN Mengkibol (BN) dan DUN Tangkak (Pejuang).

“Seramai 202 calon lelaki serta 37 calon wanita akan bertanding,” katanya.

Tempoh berkempen secara rasminya bermula hari ini dan berakhir pada jam 11.59 malam, 11 Mac ini.

Terdahulu, proses penamaan calon yang bermula jam 9 pagi berlangsung dalam suasana norma baharu di semua 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) tanpa perarakan penyokong parti politik ke pusat penamaan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases