spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan arah DBKL jangan halang peniaga

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menstrukturkan semula kedudukan pagar besi Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR).

Ia berikutan rungutan orang ramai yang mendapati pagar besi dengan ketinggian melepasi paras kepala itu menyusahkan peniaga malah pengunjung sukar membuat pilihan pembelian.

Prihatin dengan nasib rakyat, Shahidan membuat keputusan segera agar DBKL memastikan pagar besi berkenaan tidak halang peniaga tetapi dalam masa sama SOP COVID-19 masih dipatuhi.

Presiden Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPPKMWP), Datuk Mohamad@Joe Abdullah berkata, tindakan segera ini sekali lagi membuktikan Shahidan seorang ‘man in action’, spontan buat keputusan.

“Terima kasih YB Shahidan kerana mendengar keluh kesah peniaga yang sudah berniaga sejak enam hari lalu dan meneruskannya sehingga menjelang Hari Raya.

“Warga kota dan peniaga bersyukur kerana beliau menyelesaikan segera apa-apa permasalahan yang dibangkit rakyat, beliau dahulukan apa rakyat mahu berbanding perkara lain walaupun agensi sendiri.

“Seorang pemimpin yang banyak budi bicaranya demi memudahkan rakyat, itulah peribadi sebenar Shahidan,” katanya kepada Wacanakini.com.

Pada Februari lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah memaklumkan Bazar Aidilfitri Jalan TAR akan beroperasi seperti biasa mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Bagaimanapun, pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

Tambahnya, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases