spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Undang-undang jual arak sudah lapuk, perlu pindaan- ISMA

- Advertisement -spot_img

 

Oleh Tun Puteh Wanti

BANGI, 5 Feb 2022 : Undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai penjualan arak sudah lapuk, tidak pernah dipinda dan perlu dipinda dan perhalusi bagi mengawal penjualan arak khusus di kawasan-kawasan penempatan yang majoriti Islam.

Gesaan itu dikeluarkan Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang melihat keadaan semasa lebih banyak membawa kemudaratan, kerosakan, kesan sosial, keganasan rumah tangga, rogol, cabul, penderaan, kesihatan mental, kesan moral dan kematian akibat pengambilan arak yang tidak dikawal.

Naib Presiden ISMA, Mohd Noor Azib Asmangi berkata, undang-undang sedia ada terlalu lama, dan langsung tidak pernah dipinda.

 

Mohd Noor Azib Asmangi

“Keadaan ini memerlukan semua pihak buka mata dan perlu diambil perhatian dengan meneliti semula agar bersesuaian keadaan semasa dan penguatkuasaan boleh diambil.

“Undang-undang sedia hanya menetapkan premis jualan arak haruslah 200 meter daripada kawasan perumahan tetapi isunya hari ini penjualan dilakukan secara terbuka di penempatan yang majoriti Islam kebanyakan jenis rumah kedai atau rumah kos rendah.

“Selain itu kebanyakan yang menjual arak ini terdiri daripada kedai serbaneka, kiosk di kondominium, kedai-kedai ubat, runcit dan ada juga membabitkan pekerja beragama Islam.

“Timbul persoalan kenapa pihak berkuasa agama tidak ambil tindakan peminum arak beragama Islam secara operasi besar-besaran sama seperti tindakan ke atas mempersendakan agama atau khalwat yang sering menghiasi media. Adakah kerana undang-undang syariah atau PBT masih longgar atau tidak meraih keuntungan politik?,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak yang derlangsung di Bangi Resort Hotel, hari ini.

Katanya, penjualan yang terbuka di kawasan penempatan Islam dan Melayu ini hanya membuka ruang kepada golongan muda terutama orang Melayu mendapat arak secara mudah sedangkan dari undang-undang ia tidak patut berlaku.

“Kita tidak mahu orang Melayu dan Islam terus terbuai dan merasakan pengambilan arak tersebut sesuatu yang biasa dan menjadi ‘trend’ sedangkan ia adalah perkara yang membawa banyak kemudaratan daripada manfaat.

“Yang paling berkuasa mengekang isu penjualan arak ini adalah PBT. Kenapa masih banyak premis menjual arak di kawasan penempatan majoriti Islam kena tanya PBT? Tetapi ada PBT seperti Kuala Kangsar dan Gombak yang sudah bersetuju untuk mengambil tindakan tegas di kawasan mereka,” katanya.

Justeru, Mohd Noor Azib menyeru perkara ini perlu diambil perhatian dan digubal undang-undang bersesuaian agar penguatkuasaan boleh dilaksanakan secara tegas dan adil.

Katanya, kajian semula berhubung peraturan penjualan arak dan minuman keras di negeri ini akan dilakukan sehingga satu garis panduan baharu diwujudkan.

Sementara itu, Pengarah Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak, Abdullah Hussein berkata, kempen tandatangan Sejuta Bantah Arak ini boleh didapati secara atas talian di www.isma.org.my dan juga di cawangan Isma seluruh negara.

Abdullah Hussein

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases