spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tun M, Mahiaddin setuju nama Jho Low gugur dari Interpol?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Sistem perundangan negara kini dilihat sebagai polemik baharu apabila pelbagai dakwaan dan pendedahan terus dibongkar oleh pihak tertentu terutama membabitkan kes berprofil tinggi.

Ketika artikel ini ditulis, belum pun ada sebarang maklum balas berhubung dakwaan konspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Ke-4 dan Ke-7, bersama Peguam Negara (AG) dan Ketua Hakim Negara (CJ), dikaitkan dengan kes mahkamah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ia yang sepatutnya dijawab oleh dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Bagaimanapun, timbul pula dakwaan baharu dua pemimpin negara itu terbabit dengan persetujuan supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) menggugurkan nama ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho, daripada senarai orang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol).

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, mendakwa firma guaman, Tetuan Valen, Oh & Partners kepada Low, meminta berbuat demikian.

“Sekitar bulan Mac, peguam kepada Low Taek Jho telah menulis meminta supaya Low digugurkan daripada senarai orang diburu, orang dikehendaki dari senarai hitam Interpol.

“Kenapa ini berlaku? Kerana Low telah bekerjasama dengan Amerika (AS) dan Amerika bersetuju mengeluarkan nama Low daripada ‘blacklist’ (senaraihitam) ini daripada diburu,” dakwanya.

Lokman mendedahkan perkara itu pada Majlis Berbuka Puasa dan Sesi Dialog Isu Semasa bersama Presiden, Laskar Siber Malaysia di Dewan PKGS, Gombak Setia, dekat sini, pada Ahad semalam.

Lokman malah mendakwa ia berlaku ketika pemerintahan Tun Mahathir dan Mahiaddin yang juga bersetuju oleh mereka.

“Maknanya, itu sebab kita tidak lihat Low dibawa kembali ke negara kita dan dihadapkan ke muka pengadilan,” dakwanya lagi.

Justeru, beliau melihat kepentingan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), jika BN kembali memerintah.

Pada masa yang sama, Lokman turut memuji sifat berani dan lantang Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kerana membantah permintaan dibuat peguam Low.

“Saya ucap tahniah kepada KP SPRM kerana beliau (Azam) mahu melihat Low kembali ke tanah air berhadapan dengan kes berkaitan beliau dan membersihkan diri beliau di mahkamah. Itu sebab kita tak terkejut Tan Sri Azam Baki diserang kiri kana depan belakang oleh puak PH,” katanya.

Terdahulu, satu dokumen minit mesyuarat (Pasleak) tular di media sosial sejak Selasa mendakwa kenyataan Mahiaddin bahawa AG dan CJ bersetuju membantu mempercepat kes dan menjatuhkan hukuman membabitkan kes mahkamah Najib dan Ahmad Zahid.

Satu lagi pendedahan pada tempoh sama dibuat oleh penulis Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa bahawa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilaporkan disiasat berkaitan 11 transaksi wang tunai berjumlah kira-kira RM1juta kedalam akuan peribadi Maybanknya, dipercayai tidak diisytihar.

Bagaimanapun, Mohd Nazlan dilaporkan sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases