spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tol percuma: Terima kasih PM kerana prihatin nasib rakyat.

- Advertisement -spot_img

Mohd Nor Wahid

RAKYAT menyambut baik tindakan kerajaan yang julung kalinya memberi kemudahan tol percuma selama dua hari menjelang Aidilfitri.

Tinjauan Wacanakini mendapati rata-rata rakyat memberi maklum balas baik berhubung pemberian tol percuma ini dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hassan Surih, 56, berkata, pemberian tol percuma ini adalah satu tindakan tepat pada masanya kerana inilah kali pertama setelah dua tahun rakyat dapat menyambut aidilfitri di kampung halaman.

“Terima kasih kerajaan Keluarga Malaysia, Terima kasih kepada Perdana Menteri dari BN kerana menunjukkan rasa prihatin kepada rakyat.

“Ini memang betul-betul nak tolong ringankan beban rakyat sebab apa.. Sebab pemberian tol percuma ni dibuat dua hari sebelum hari raya.

“Kita dah dua tahun tak boleh balik kampung beraya, tahun ini PM dah beri percuma tol, jadi rakyat dapat balik kampung dengan gembira, jalan sesak jem tapi tol percuma sedikit sebanyak mengubati keletihan perjalanan yang jem tu,” katanya kepada Wacanakini.

Manakala bagi Mohd Fadzil Bahari, 57, berkata, meskipun lebuhraya dijangka sesak, namun pengumuman Perdana Menteri itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan orang ramai yang terpaksa duduk berjam-jam dalam kenderaan.

“Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada PM, kerana prihatin dengan suasana rakyat yang nak menyambut hari raya di kampung.

“Kemudahan percuma ini tentunya dapat menjimatkan poket contohnya saya yang akan pulang beraya di Kedah. Jimat RM55 duit tol.

“Insyallah, saya akan pulang ke kampung pada hari Ahad ni. Terima kasih kerajaan Keluarga Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian tol percuma yang akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

Hassan Surih (kiri), Mohd Fadzil Bahari.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases