spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tangan ghaib upah portal jatuhkan Shahidan?

- Advertisement -spot_img

Mohd Nor Wahid

SELAYANG : Para peniaga Pasar Harian Kuala Lumpur percaya wujud tangan ghaib yang berperanan mengupah portal berita untuk menggambarkan seolah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim gagal dan membiarkan peniaga asing menguasai pasar itu.

Rata-rata peniaga berkata, laporan itu tidak benar kerana mendakwa peniaga berkenaan berniaga secara ‘rambo’ tanpa lesen sedangkan ketika tinjauan Wacanakini.com dibuat mendapati tapak niaga itu memiliki permit niaga sah oleh warga tempatan.

Isu pengoperasian perniagaan oleh warga asing menggunakan permit tempatan bukanlah isu baharu malah wujud sejak sedekad lalu malah juga wujud dibawah mantan menteri, Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun menjadi persoalan kenapa isu itu timbul ketika ini dan portal berkenaan terus membuat kesimpulan bahawa Shahidan seolah gagal menanganinya.

Lapor portal itu, pihak berkuasa seolah-olah membiarkan keadaan itu berlarutan sekali gus menganak tirikan peluang peniaga tempatan.

Menerusi laporan itu juga mendakwa kewujudan peniaga antaranya dari Myanmar dan Bangladesh di pasar tersebut dilindungi pihak tertentu malah menganaktirikan peniaga tempatan.

Seorang peniaga yang hampir 10 tahun berniaga buah-buahan di pasar itu, Kannan Manikam berkata, dia tidak menyangka laporan portal tv itu jauh menyongsang daripada apa yang ditanya oleh wartawan portal berkenaan sebelum itu.

“Diorang ambil video, saya tanya untuk apa, dia kata mahu tengok harga, tv mahu buat tinjauan. Dia suruh saya tunjuk itu buah berapa harga, tiba-tiba tv keluar lain.

“Keluar tv cakap warga asing berniaga di sini, saya sudah berniaga di sini 10 tahun tak ada apa-apa. Majlis Perbandaran pun tak datang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pun tak kacau sebab kita ada lesen.

“Kita pun bayar cukai pendapatan, kalau tak bayar macam mana mahu hidup. Saya rasa sangat sedih bila tv keluar macam itu.

“Siapa yang upah wartawan berkenaan? Hipotesisnya seseorang yang mahu merebut jawatan Shahidan?, Ini taktik kotor ,” katanya kepada Wacanakini.com hari ini.

Sementara itu seorang lagi peniaga yang bernama Hashim Che Dollah berkata, sebenarnya tiada isu langsung warga asing monopoli perniagaan di Pasar Harian Selayang.

Menurutnya, peniaga di sini adalah anak tempatam dan telah lama berniaga di sini.

“Saya dah berniaga lama di sini, ada lesen perniagaan. Cumanya kita ada ambil pekerja warga Rohingya untuk tolong dia cari makan dan bayar tempat tinggal.

“Kita tolong dia je, dia pun manusia juga. Dia kerja dengan kita, dan dapatlah dia upah gaji,” katanya.

Wacanakini.com sempat menemui Ketua Cawangan Pasar Borong Harian Kuala Lumpur Mohammad Pandu Insani Yahya yang menjelaskan, pada hari kejadian, krew media tv tersebut telah merakam visual tapak berniaga yang dibenarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Tapak yang ditayangkan di dalam video tersebut betul-betul berada dibelakang khemah Persatuan PPPKMWP.

“Ketika rakaman dilakukan oleh wartawan tersebut, mereka shoot video di kawasan sekitar termasuk khemah penjaja Melayu PPPKMWP yang berada betul-betul didepan gerai peniaga warga asing tersebut.

“Namun gambar khemah PPPKMWP Penjaja Melayu yang diberikan kebenaran untuk berniaga oleh YBM dan Perlesenan DBKL tidak dikeluarkan oleh mereka.

“Nampak gayanya, berita ini hanya ingin menunjukkan bahawa YBM DS Shahidan Kassim tidak membantu peniaga Melayu disana, walhal YBM DS Shahidan Kassim sangat membantu peniaga Melayu termasuk pasar Harian Selayang,” katanya.

Untuk info, kedudukan lokasi Pasar Harian Kuala Lumpur terletak di sempadan Selangor-Kuala Lumpur. Maka tidak hairanlah ada lesen peniaga di situ di keluarkan sama ada dari Majlis Perbandaran Selayang atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases