spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Lebih banyak OSD dibina atasi banjir kilat – DBKL

- Advertisement -spot_img

Mohd Nor Wahid

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk membina lebih banyak ‘On Site Detention (OSD) bawah tanah bagi mengatasi kejadian banjir kilat yang semakin kerap di ibu negara sejak akhir-akhir ini.

Dalam kenyataan media DBKL hari ini, OSD adalah pelan jangka panjang yang dapat menampung lebihan air apabila’ flap gate’ tertutup.

“Lokasi tapak OSD dibina di kawasan padang bola, taman permainan, dan lain-lain tanah lapang yang bersesuaian. Untuk rekod terdapat lapan buah OSD yang telah dibina.

“Menaik taraf sistem perparitan sedia ada yang melibatkan lapan projek, antaranya di Jalan Jinjang, Sungai Kayu Ara, Sungai Toba, Segambut Dalam, Bandar Sri Permaisuri, Taman Botani dan Jalan Kuchai Lama,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, DBKL menjelaskan, pihaknya bukan sahaja mengenal pasti pelan jangka panjang, malah pelan jangka pendek turut disenaraikan bagi mengatasi kejadian banjir kilat.

Antara pelan jangka pendek yang akan dilakukan DBKL ialah menempatkan pasukan pemantau banjir di 25 lokasi ‘hotspot’ dengan kekuatan 10 orang anggota bagi setiap kumpulan.

Antara pelan jangka pendek ialah meletakkan pam air di kawasa banjir, membaiki dan melebarkan longkang, menaik taraf longkang tepi jalan, menaik taraf longkang monsun, menyelenggara berterusan aset tembatan banjir dan mengorek kelodak di lapan buah sungai dan 10 buah kolam.

Katanya, pihak DBKL telah merangka kajian dan konsepsi mitigasi untuk banjir kilat bagi meminimakan impak urbanisasi terhadap persekitaran di Kuala Lumpur.

DBKL menjelaskan, punca utama banjir kilat yang berlaku di KL adalah disebabkan sungai dan kolam air takungan yang sedia ada tidak mampu menampung limpahan air daripada sistem perparitan kerana taburan hujan lebat yang tinggi.

“Punca lain adalah aras air sungai yang tinggi, limpahan air sungai dari projek pembinaan dan halangan aliran kerana sampah sarap dan daun kering,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases