spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kerajaan bakal umum kelonggaran SOP COVID-19 pelitup muka?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

PUTRAJAYA : Biar lambat, asalkan selamat.

Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baik.

Malaysia mengambil langkah lebih berhati-hati dalam melaksanakan dasar prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19, kerana perlu sentiasa bersedia berdepan gelombang varian baharu.

Difahamkan, bahawa kerajaan akan mengumumkan kelonggaran SOP COVID-19 berhubung pemakaian pelitup muka, minggu depan.

Ia berikutan Isnin lalu, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumumkan perkara berkaitan SOP COVID-19, minggu hadapan.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan beberapa kenyataan daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berhubung perkara itu pada Jumaat, semalam.

Zuraida memberi bayangan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan tetapi adalah pilihan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya boleh buka ‘mask’ (pelitup muka) kan? Tak apalah, selepas raya pun dah optional (pilihan),” katanya sebelum memulakan sidang akhbar Jelajah Agrikomoditi Antarabangsa di kementeriannya, di sini.

Khairy Jamaluddin pula, meminta pihak media menunggu pengumuman minggu hadapan.

“Tunggu minggu depan,” jawabnya ringkas ketika ditemui pada majlis pelancaran program mQUIT di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini.

Pada Majlis Penyerahan Projek Institut Endokrin di Hospital Putrajaya, kemudian, Khairy Jamaluddin mengingatkan semua pihak supaya tidak leka dan mengambil iktibar daripada negara lain.

“Saya ingin mengingatkan semua bahawa kita masih berada di dalam fasa peralihan dan perlu sentiasa mematuhi segala SOP dan langkah kesihatan awam sepertimana kita jalani selama dua tahun.

“Ada negara anggap bahawa mereka sudah mencapai kemenangan dan segala sekatan serta langkah pencegahan dibuang. Akhirnya mereka berdepan gelombang demi gelombang jangkitan baharu.

“Biarlah kita lambat sedikit asalkan kita selamat dan janganlah kita mengulangi kesilapan dari negara lain,” katanya.

Khairy Jamaluddin berkata, pengurusan pandemik menunjukkan kejayaan apabila kes positif COVID-19 dilihat semakin terkawal dan kemasukan pesakit ke hospital menurun.

Katanya, kadar kematian COVID-19 terus menurun dan kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi (ICU) turut menurun, membolehkan kerajaan berasa yakin untuk memberi segala kelonggaran termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Terdahulu, malah tular di media sosial satu pekeliling yang menyatakan polis akan menghentikan tindakan saman kepada orang ramai yang gagal memakai pelitup muka di khalayak ramai.

Bagaimanapun, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner Skandaguru Anandan menafikan dakwaan itu berkata, SOP fasa peralihan ke endemik COVID-19 bertarikh 1 April 2022 masih lagi berkuat kuasa dan pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam.

Untuk rekod, arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang diwajibkan sejak 1 Ogos 2020.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases