spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bantuan RM200 buat warga kerja Polis Bukit Aman yang terjejas banjir

- Advertisement -spot_img

Kuala Lumpur: Bagi meringankan beban warga kerja Ibu Pejabar Polis Bukit Aman yang terjejas teruk akibat bencana banjir tahun lalu, satu bantuan inisiatif telah diambil dengan menyalurkan bantuan menerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia petang tadi.

Antara sumbangan yang disalurkan merupakan baucer sebanyak RM200 daripada Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd. dan diberikan menerusi satu majlis ringkas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Difahamkan, jumlah keselurahan Bantuan Pasca Bencana Banjir 2022 ini bernilai RM 42 ribu ringgit Malaysia.

Sumber Facebook PDRM.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Ir. Zaitun Mohd Isa dan Pengerusi PERKEP JSJK, Datin Johariah Urib Mohd Ariffin.

Difahamkan, baucer yang bernilai RM200 itu telah diagihkan kepada 210 warga kerja Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Sumbangan berupa baucer itu boleh ditukarkan dengan barang-barang keperluan di mana-mana cawangan Pasaraya Borong Sakan.

Sumber Facebook: PDRM

Turut hadir sama dalam majlis berkenaan, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid bersama isteri, Puan Rohaya Harun dan Naib Pengerusi PERKEP JSJK selaku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Pasaraya Borong Sakan Sdn. Bhd., Datin Rosmariza Dato’ Hj. Che Umar.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases