spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Jangan ada hasad dengki jika tak dicalonkan- Nurulhisham

- Advertisement -spot_img

ARAU : “Pemimpin UMNO mestilah tiada perasaan hasad dengki jika tidak dicalonkan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob.

Beliau berkata, walau tidak dicalonkan, turunlah padang bantu calon, faham peranan masing-masing untuk mengukuhkan parti.

“Bersatulah, jangan kerana jawatan, kuasa, pangkat tetapi kerana tanggungjawab untuk rakyat, parti dan negara,” katanya kepada Wacanakini.com.

Ketika ditanya pandangannya jika Pilihan Raya Umum dibubarkan dalam waktu terdekat, katanya, berdasarkan dua Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, sokongan rakyat semakin bertambah khususnya dari orang muda.

Namun katanya, persediaan kena rapi dan strategi perlu ada.

“Peruntukan kewangan kena ada, jentera, pergerakan manusia, kena tahu semua baru boleh diadakan PRU,” katanya.

Dalam pada itu, Nurulhisham berkata, rakyat pelbagai peringkat termasuk parti lain seperti PAS menyokong kepimpinan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

“Di Parlimen Arau, Shahidan mendapat sokongan lebih tiga kali ganda.

“Beliau kalau turun Parlimen akan cari semua semua kes rakyat di setiap DUN untuk diberi bantuan.

“Sakit, demam, kematian, bencana semua beliau bantu.

“Bantuan kepada semua mangsa terjejas COVID-19 sampai hari ini beliau bantu,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases