spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

1,000 sukarelawan DBKL turun padang bersihkan kawasan banjir kilat

- Advertisement -spot_img

SELARAS iltizam Menteri Wilayah Persekutuan (WP) Datuk Seri Shahidan Kassim untuk memastikan ibu negara pulih dan dibersihkan daripada kekotoran banjir kilat, seramai 1,000 sukarelawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini turun padang bergotong royong membersihkannya.

Aktiviti tersebut diketuai Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL.

Menurut DBKL, sukarelawan terdiri daripada pelbagai jawatan itu telah membersih dan mengenalpasti punca berlaku air bertakung khususnya bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan.

Mereka terlibat turun padang meliputi kawasan di Parlimen Bukit Bintang dan Lembah Pantai.

Turut menyertai gotong royong adalah lain-lain Pengarah Eksekutif dan ketua-ketua jabatan DBKL.

“Program turun padang ini dapat mengenalpasti secara langsung punca berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur untuk tindakan segera,” kata DBKL menerusi hantaran di Facebooknya.

Baru-baru ini beberapa kawasan di ibu negara sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat luar biasa sebelum itu. – Wacanakini

1,000 sukarelawan DBKL turun padang.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases