spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Iftar@KL memakmurkan pengunjung, beri peluang peniaga jana pendapatan – Shahidan

- Advertisement -spot_img

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Shahidan Kassim telah meluangkan masa mengagihkan bubur lambuk kepada para pengunjung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, petang tadi.

Beliau yang ditemui berkata, program pengagihan bubur lambuk ini adalah antara aktiviti yang terkandung dalam Iftar@KL untuk memeriahkan dan memakmurkan Ramadan di Kuala Lumpur.

“Iftar@KL yang berlangsung tujuh hari ini juga memberi peluang kepada para peniaga menjual produk mereka dan semua premis diberikan percuma kepada peniaga oleh DBKL sekali gus dapat membantu mereka menjana pendapatan.

“Selain itu para pengunjung boleh merasai keenakan juadah berbuka puasa daripada 20 ‘food truck’ yang diberikan peluang berniaga aneka makanan dalam program ini,” katanya.

Turut kelihatan bersama ialah Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Nancy Shukri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah.

Sementara itu, setelah dua tahun menyepi kerana pandemik Covid-19, Program Iftar@KL kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini.

Bermula 16 April lalu, Iftar@KL yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) boleh didapati di Jalan Raja, Dataran Merdeka.

Menurut Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri, Iftar@KL tahun ini merupakan kali kesepuluh ia diadakan sejak pertama kali diadakan pada tahun 2012.

“Uniknya Iftar@KL ini adalah ia berkonsepkan tradisi berbuka puasa duduk secara bersila beralaskan tikar dan dihadiri pengunjung termasuk pelancong asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Nancy meluangkan masa mengunjung program tersebut hari ini yang turut disertai Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mahadi Che Ngah

Penganjuran Iftar@KL ini telah mendapat kerjasama daripada beberapa rakan strategik iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Persatuan Seni dan Budaya Putra.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengimarahkan dan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui pengisian aktiviti, merapatkan dan mengeratkan silaturahim serta toleransi antara kaum menerusi program dan aktiviti bagi menyemarakkan kebudayaan dan keseniaan Islam kepada pelancong asing,” Katanga

Iftar@KL yang akan berakhir 23 April ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti majlis berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk, solat berjemaah, berterawih dan bertadarus Quran dan sebagainya yang turut disertai artis terkenal tanah air.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases