spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dosa besar PN pada negara patut dihukum rakyat pada PRU15

- Advertisement -spot_img

Mohd Nor Wahid

RAKYAT patut menghukum Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana dosa besar yang telah dilakukan kepada negara.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak berkata, PN melakukan “dosa besarnya” kepada negara apabila menggunakan alasan Covid-19 bagi menyelamatkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang tiada majoriti ketika itu.

Berbanding PH yang menipu dan tidak mengotakan janjinya kepada rakyat ketika menjadi kerajaan, Najib menjelaskan, ada menteri memberitahu dan mengaku kepadanya yang alasan Covid-19 digunakan kerajaan PN bagi mengelak undi tidak percaya di Parlimen.

“Mereka mesti hukum PN juga sebab tipu nak lawan Covid-19 kena gantung Parlimen. Padahal dia kecut perut nak berdepan dengan Parlimen tiada majoriti. Itu sebenarnya.

“Ini bukan saya cakap. Ini saya tanya sendiri menteri dalam itu, dia mengaku, saya tak nak sebut nama dia, dia mengaku depan saya tujuan dia ialah untuk selamatkan kerajaan dari undi di Parlimen, bukan nak lawan Covid, maknanya mereka dah tipu pada rakyat, tipu pada Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika berucap pada Konvensyen BN di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Najib berkata, rakyat terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang dalam sejarah negara sehingga gejala bunuh diri mencatatkan rekod yang tinggi.

“PKP yang paling panjang dalam sejarah Malaysia, sampai ribuan orang hilang kerja, peniaga gulung tikar, bunuh diri yang paling tinggi dalam sejarah kita.

“Ini semua dosa besar kepada rakyat Malaysia kerana kegagalan menguruskan Covid dan menipu rakyat. Ini sebab kita perlu tolak PN dalam PRU,” katanya.

Muhyiddin telah melaksanakan proklamasi darurat selama enam bulan bermula 12 Januari tahun lalu atas alasan untuk memerangi Covid-19.

Bagaimanapun selepas proklamasi darurat berakhir, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai perdana menteri Malaysia kelapan pada 16 Ogos susulan hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan keputusan itu dibuat selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases